WAHM Pilihan Ibu Masa Kini

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah. Mudah anak-anak tidur malam ini. Hari lain, berperang juga nak tidurkan masing-masing. Hari ini agaknya kepenatan setelah sepagi membuat lawatan ke Pasar Pagi.

Seronok anakanda berdua, dapat mainan dan baju baru. Sesekali makan di luar dengan abah dan ummi.

Sejak ummi bergelar wahm, memang sepanjang hari anak-anak di rumah sahaja. Hikmahnya, sebelum ini jerebu dan kini kerap benar dengar percubaan menculik kanak-kanak. Jadi jika keluar pun, perlu tunggu abah cuti. Dan lebih selamat dan yakin jika sekeluarga keluar bersama. Ummi seorang memang tak termampu buat masa sekarang. Lagipun tiada keperluan untuk ummi keluar. Ummi kerja dari rumah 😊

Itu salah satu kelebihan bekerja di rumah. Ibu boleh rancang waktu sendiri dan jika ada keperluan sahaja baru keluar rumah. Sebenarnya banyak peluang untuk ibu bekerja di rumah, di samping menjaga keluarga dapat juga cari duit tambahan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Ada rezeki, dengan usaha sungguh-sungguh dan rajin, selain berada dalam kumpulan sokongan yang betul, insya Allah satu hari mampu bantu ekonomi keluarga.

Syaratnya mesti positif, yang pertama. Kedua, ada kemudahan internet dan gajet. Ketiga, rajin dan yakin.

Positif bahawa anda boleh. Positif bahawa anda mampu. Positif bahawa anda ada peluang. Positif bahawa tak salah mencuba.

Kemudahan internet dan gajet. Sebagai medium komunikasi. Sebagai medium menambah ilmu dan networking. Jadikan kemudahan ini pelaburan, bukan sekadar menghabiskan masa tanpa apa-apa pulangan.

Selagi tak bermula dan mencuba, anda takkan tahu potensi anda dan bakat terpendam anda. Dan jika tahu tapi tidak dikembangkan juga sangat rugi. Jadi, mula dan cuba. Gagal? Anda belajar sesuatu dan cuba lagi. Sampai jadi.

Jika ingin jadi suri rumah atau ibu yang boleh jana pendapatan dengan beroperasi dari rumah, boleh sembang-sembang dengan saya. Kita boleh bincang sama-sama. Insya Allah.

Salam sayang,
Hifzaila
Ibu beranak dua dan berbisnes online
hifzaila.hafni@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...