Cara Atasi Cabaran Bekerja Di Rumah dengan Anak Kecil

Teks: Hifzaila Hafni

Bismillah.

Jadi ibu yang bekerja di rumah, saya sebetulnya tak menyangka komitmen dan disiplin diri yang tinggi sangat memainkan peranan dalam menentukan produktiviti harian. Jika kita fikir berada di rumah itu boleh sepanjang masa menggomol anak, sentiasa mampu masak yang hebat-hebat, rumah sentiasa kemas dan bersih, baju semua siap berlipat...hakikatnya ibu bekerja di rumah juga seringkali dihambat dengan masa - sama juga seperti ibu yang bekerja pejabat.

Namun, kelebihannya, ibu bekerja di rumah tak perlu fikir kesesakan lalu lintas dan bersiap ke tempat kerja. Sepatutnya ada masa yang lebih panjang (masa yang lebih di rumah) berbanding ibu bekerja pejabat namun jika harinya tidak dirancang dengan betul, 24 jam di rumah berlalu begitu sahaja.

Saya tak nafikan saya juga kadangkala terbabas mengikut jadual, ke laut orang kata. Ada masa terasa terlalu penat dan jemu. Ada masa banyak sangat masa melayan anak. Maksud saya bukan tak boleh layan anak, dah tentunya niat berada di rumah untuk bersama anak-anak, tapi kalau dah berniat sebagai ibu BEKERJA di rumah, komitmen kerja dan anak perlu diseimbangkan.

Anak. Itulah yang seringkali menjadi halangan (atau alasan) untuk terus tegar fokus kepada kerja, padahal jika disusun jadual dengan betul dan yang penting - BERLAPANG DADA, insya Allah semua akan ok. Selain memotivasikan diri setiap hari dan mohon pada Allah mudahkan urusan setiap hari. Maklumlah, baru saja kita nak mula kerja, dia pun sama nak buat kerja. Akhirnya kerja kita terbengkalai dek melayan dia.

Semalam, saya rasa lost dan buntu. Banyak kerja freelance saya tertangguh dan adakala naik angin juga dengan perangai anak dan dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Saya baca semula ebook SUPER WAHM SUPER MOM, hasil tulisan Puan Masayu Ahmad.

Jika dulu saya baca sebagai seorang ibu yang bekerja pejabat, kini sebagai ibu yang bekerja di rumah. Bila baca kisah dan perkongsian orang lain, barulah ada motivasi dan datang sikit inspirasi. Kebanyakan ibu pun menghadapi masalah yang sama tapi bagaimana nak atasi dan selesaikan tu yang penting.

Nak mantapkan jadual harian, saya ambil contoh jadual Puan Harlinda Halim yang dikongsikan dalam ebook ini. Saya cuba sesuaikan dengan situasi saya. Ibu lain pun ada berkongsi jadual masing-masing, jadi kita pilih yang mana kita mahu ikut atau jadikan panduan.

Bila dah baca tu, kurang sikit rasa tension berada di rumah. Kurang rasa negatif, kurang rasa itu tak boleh ini tak boleh.

Selain 'sentapan' Puan Masayu sendiri yang berkata 'bukan kita tak ada masa, cuma tak pandai nak gunakan masa'. Sangat terkesan dan tersentap. Hehe.

Semua ibu ada kapasiti tersendiri dalam menguruskan rumah tangga. Yang penting tahu kemampuan diri dan kena disiplin. Semoga saya mampu istiqamah dengan pilihan saya untuk terus kekal jadi ibu bekerja di rumah - YANG TERBAIK untuk keluarga saya.

Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...