Apa yang Perlu Ada dalam Kabinet Ubat Anda?

Teks: Hifzaila Hafni

Bila ada anak kecil di rumah, amat baik jika ada peti pertolongan cemas atau sediakan satu kabinet/almari ubat-ubatan. Ini untuk memudahkan ibu bapa mengambil ubat di waktu kecemasan selain menyimpan ubat-ubatan di tempat yang selamat.

Antara cadangan apa yang perlu ada dalam kabinet ubat anda adalah:

1. Termometer
Penting untuk periksa suhu badan anak. Jika suhu terlalu tinggi melebihi 38C, anak perlu segera dirawat atau terus ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Suhu badan perlu diambil dengan termometer untuk lebih tepat. Ada pelbagai jenis termometer. Yang menyukat suhu melalui telinga atau dahi lebih mudah digunakan.

2. Paracetamol / ibuprofen
Sebagai penahan sakit dan penawar demam. Tapi awas, jangan berikan ibuprofen kepada anak yang mengidap asma.

3. Sudu penyukat/ picagari
Digunakan untuk memberi ubat pada anak dalam sukatan yang betul.

4. Antihistamin
Digunakan dalam kes alahan atau tindak balas alergi.

5. Larutan rehidrasi oral
Kebanyakan anak akan minum air berperisa oren dan anggur, atau apa-apa jus kepada larutan rehidrasi oral yang tidak berperisa ini. Untuk rawatan cirit birit.

6. Krim pelindung suria (sinar uv)
Disapukan ke muka dan kulit sebelum keluar rumah untuk lindung kulit daripada rosak akibat terdedah kepada sinar matahari.

7. Gel 'teething'
Anak yang mula tumbuh gigi pasti berasa tak selesa dan sakit gusi. Gel ini dapat bantu melegakan simptom teething.

8. Penghalau serangga/nyamuk
Kulit anak sangat sensitif jika digigit serangga atau nyamuk. Siapkan krim yang sesuai digunakan pada kanak-kanak.

9. Peti pertolongan cemas
Dalam peti ini haruslah mengandungi cecair antiseptik (seperti Dettol), tisu basah, plaster, kain bandej, tape, gauze, gunting hujung tumpul, air suling.

Waktu kecemasan atau kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Bersiap sedia sebelum kena. ::hz::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...