Apa Nak Buat Bila Badan Anak Tiba-tiba Panas?

Teks: Hifzaila Hafni

Jangan Panik!

Bila tiba-tiba badan anak panas, ibu bapa mana yang tak panik dan risau, bukan? Ini kerana suhu badan anak yang naik tiba-tiba boleh mengundang bahaya dan perlu diambil tindakan segera. Sedikit sahaja terleka atau bertangguh boleh meningkatkan risiko anak terkena sawan atau lebih bahaya boleh mengundang maut.

Berikut saya kongsikan apa yang saya dan suami lakukan di rumah bila badan anak kami tiba-tiba panas. Tapi ini untuk langkah penjagaan dan pemantauan di rumah sahaja. Adakalanya suhu badan anak turun selepas dipantau. Tapi kalau makin panas, kami bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Antara perkara yang boleh dilakukan bila terasa badan anak panas?

1. Pertama sekali, PERIKSA SUHU BADAN anak dengan termometer untuk bacaan suhu badan yang tepat. Pastikan termometer diletakkan pada tempat yang mudah diambil kerana kita akan perlukannya bila-bila masa. Dan pastikan juga termometer berada dalam keadaan yang baik untuk berfungsi. Walaupun kita rasa badan anak suam-suam, tidak bermakna suhu badan sebenarnya tak tinggi. Guna termometer yang sekurang-kurangnya boleh periksa suhu melalui telinga untuk bacaan lebih tepat.

2. Suhu badan normal adalah antara 36 ke 37 C. Jika merekodkan bacaan 37.1 ke 37.3 C menunjukkan demam ringan. Lebih daripada 37.4 dikategorikan sebagai demam. Jika mencecah 38 hingga 40 C, berisiko untuk dapat demam panas dan sawan. Dalam keadaan ini, perlu BAWA ANAK KE KLINIK/HOSPITAL DENGAN SEGERA. Kalau ada ubat punggung, boleh masukkan dulu ubat tersebut ke dalam punggung anak untuk turunkan suhu sementara menunggu mendapatkan rawatan lanjut. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh memberi kesan kepada saraf otak anak, sebab itu perlu diambil tindakan segera.

3. Jika anak mengalami demam ringan, boleh jelumkan kepalanya dengan air paip. Juga boleh BASAHKAN TUALA dan letak di dahi anak. Kadang-kadang kami guna juga air asam jawa. Ada juga petua guna air daun bunga raya untuk turunkan suhu badan tapi sebab susah nak dapat jadi kami guna air paip atau air asam jawa saja.

4. MANDI atau lapkan anak. Kalau kejap-kejap panas, boleh dilap badannya dengan kerap, selang setengah jam ke sejam. Mandi guna air paip saja. Nak bagi panas tu keluar.

5. Pakaikan BAJU LONGGAR atau berlubang-lubang. Kadang-kadang baju yang anak pakai ketat atau menutup keseluruhan badan, dok pula dalam rumah dalam cuaca panas, memang panaslah anak kita.

6. PANTAU suhu badan anak dengan kerap. Ada budak yang suhu naik sikit-sikit, ada yang tiba-tiba naik mendadak. Kita yang tahu anak kita. Jadi kena jaga-jaga. Boleh standby semangkuk air dan tuala ekstra di tepi katil. TIDUR DEKAT dengan anak, kalau boleh sentuh kaki atau tangan sebab kalau panas tiba-tiba tengah malam, kita dapat rasa. Harapnya tidak tidur matilah ya.

7. Usahakan bagi anak MINUM BANYAK AIR KOSONG. Kadang-kadang punca badan panas sebab dehidrasi (kurang minum air). Kami pernah 'tembak' je air masak ke mulut anak guna picagari sebab dia enggan minum. Memang kedengaran kejam tapi lebih kejam kalau kita biarkan dia terus tak nak minum, kan.

8. Bagi ubat demam Paracetamol. Kalau ada standby ubat kat rumah, boleh bagi ikut dos yang ditetapkan. Tapi pastikan tarikh luput sebelum bagi kat anak. Atau sebagai alternatif, kami beri penawar yang lebih semula jadi SEPERTI INI.

9. Kalau anak masih menyusu, boleh cuba SUSUKAN ANAK LEBIH KERAP. Susu ibu kan penawar untuk pelbagai penyakit pada anak. Jadi ibu pastikan minum dan makan supaya dapat hasilkan susu badan yang cukup untuk anak.

10. Siapkan KAD PERUBATAN atau MYKID anak dalam beg tangan atau di tempat yang mudah dicapai. Jika perlu ke klinik atau hospital tengah malam, tak perlu kelam kabut nak cari.

Semoga apa yang saya dan suami lakukan ini dapat dimanfaatkan. Namun, keadaan setiap anak adalah berbeza. Ini hanyalah sekadar perkongsian dan pengalaman, jika anak menunjukkan tanda-tanda lebih serius, SEGERALAH KE HOSPITAL untuk rawatan lanjut.

____________________________

BERMINAT MENULIS BLOG SENDIRI TETAPI TAK TAHU CARA NAK MULA?

SERTAI KELAS ASAS BLOG PENULISAN BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.

DAFTAR KELAS DAN DAPAT BONUS EBOOK. BIMBINGAN DIBERI BERTERUSAN DAN BERPELUANG TAMBAH PENDAPATAN JUGA!

PENDAFTARAN DIBUKA SETIAP HARI.

HUBUNGI:
HIFZAILA HAFNI
PENGURUS ONLINE ABDR
TEL: 019 460 3094
FACEBOOK PAGE: MUDAHNYA BUAT BLOG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...