Masak Dari Hati, Masak With Iman

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Masak di rumah, selain menjimatkan boleh memberi kepuasan.

Puas tengok keluarga makan.
Puas dapat asah skill.

Masa bekerja dulu, memang saya akui sukar juga nak konsisten masak hari-hari sebab saya sampai rumah pun dah hampir malam. Dengan lapar dan penat, solusinya beli sahajalah makanan luar. Sesekali saja masak itu pun yang mudah saja. Pindang. Ikan goreng. Ayam goreng.

Kini bila saya bekerja dari rumah, memang memasak masuk dalam jadual hari-hari. Dan selalunya saya siapkan makanan di sebelah pagi sebelum anak-anak bangun. Menu kami di rumah, masih simple juga. Tapi saya percaya air tangan isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Jadi saya tetap masak walaupun telur goreng kicap hehe.

Memasak kalau dengan hati ikhlas untuk keluarga, insya Allah sedap walaupun menu ringkas. Kalau suami dan anak-anak kata sedap, seronok rasanya nak memasak lagi untuk esoknya. Seronok tengok mereka makan bertambah. Suami sampai kata susah lah macam ni nak kena makan banyak sebab lauk sedap! 😆

Apapun pilihan ibu, masak, food delivery atau beli - yang penting makan. Tak masak tak bermakna anda ibu yang tak ambil berat. Allah Maha Mengetahui.

Salam sayang,
Hifzaila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...