Trend Anak Derhaka Raya

Teks: Hifzaila Hafni

Pernah dengar kisah anak yang derhaka di hari raya? Macamana pula boleh derhaka sedangkan kita saling bermaafan dan mengampunkan ketika hari raya?

.................

Dalam banyak-banyak status oleh Syed Azmi (organiser I Want To Touch A Dog) di Facebooknya, status yang satu ini agak meruntun hati dan sedih mengetahuinya. Saya tak dapat nak copy paste kan status tersebut, cuma point yang penting adalah bila mana wujudnya trend meninggalkan ibu bapa di bawah jagaan pihak hospital sewaktu musim perayaan.

Sedih tak?

Kita lagikan tak sabar nak balik kampung jumpa mak ayah, tapi rupanya ada sebilangan kita yang terbeban dengan ibu bapa sendiri lantas 'membuang' mereka di hospital semasa raya. Alasannya, nak pergi melancong atau nak berjalan-jalan. Susah la kan bila ada orang tua.

Allahuakbar.

Syed Azmi, dihubungi rakannya setiap tahun untuk meminta bantuan beliau datang melawat ibu bapa yang ditinggalkan ini. Sekurang-kurangnya adalah pelawat untuk makcik pakcik yang anak-anak cucu mereka sendiri tak sudi. Tak sangka sampai begitu sekali.

Bila saya baca lagi komen-komen, rupanya memang dah lama dan biasa berlaku keadaan ini, menurut staf-staf hospital.

Ada ibu bapa yang sengaja 'disakitkan' supaya boleh ditahan di wad.
Ada yang tak diberi makan minum sempurna beberapa hari sebelum raya supaya jatuh sakit.
Ada yang sengaja ditolak jatuh tangga.

Sudahnya penuh wad dengan ibu bapa yang kurang bernasib baik ini, walaupun sebenarnya mereka tak perlu pun masuk wad. Atau dah sihat dan boleh balik beraya di rumah. Tapi, anak-anak tak mahu bawa balik pun. Menjengah pun tidak. Dihubungi tapi tak dijawab panggilan.

Maka berayalah makcik pakcik dengan misi dan dokter dan sukarelawan yang datang menjenguk macam Syed Azmi ni. Dah lepas raya baru anak-anak tunjuk muka...sedihnya lah.

Mohon dijauhkan berlaku perkara sebegini pada kita semua.
Mohon Allah jadikan anak-anak kita anak yang soleh yang tahu tanggungjawab menjaga ibu bapa di usia tua.
Mohon kita dikurniakan anak-anak yang ada belas ihsan dan faham pengorbanan ibu bapa selama membesarkan mereka yang sampai bila pun tak mampu dibalas.

Saya sedih sangat baca kisah macam ni. Sedangkan hari-hari biasa pun saya nak bawa balik mak ayah saya (semasa mereka di wad), apa lagi semasa raya.

Semoga Allah lembutkan hati anak-anak, menantu, cucu pakcik makcik yang berada dalam keadaan begini supaya melawat ibu bapa mereka di hospital (jika masih perlu rawatan) dan bawa mereka pulang beraya bersama. Semoga mereka juga dibukakan hati oleh Allah untuk menjawab telefon bila staf hospital hubungi untuk beritahu ibu bapa dah sihat dan boleh bawa balik ke rumah. Atau sekurang-kurangnya jawab panggilan untuk dengar mak ayah yang 'dibuang' ini ucap SELAMAT HARI RAYA dengan menggunakan telefon hospital.

Ingat...what you give, you get back.

Salam 20 Ramadan 1436H.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...