Hari Raya 2015 : #syukurselalu

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Alhamdulillah sudah hari raya keempat.
Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa puasa dan raya lagi tahun ini.
Alhamdulillah tahun ini beraya dengan ahli keluarga baru yakni kami sudah berempat.

Banyak yang perlu disyukuri. Betapa Allah masih sayang dan beri peluang dan nikmat walaupun adakala kita terlupa atau lalai tanggungjawab padaNya.

Raya memang masa yang indah dan seronok. Tapi dalam masa yang sama menyambut raya juga suatu ibadah. Dah sebulan berpuasa kan. Tapi raya tidak semestinya dirai berlebihan atau berlaku pembaziran. Serta perlu dijaga adab dan kelakuan sopan juga.

BAJU RAYA. TUDUNG RAYA. KASUT RAYA.

Kalau rasa-rasa poket tu tak setebal mana, masih mengharapkan mak ayah, saya fikir pilihlah pakaian raya yang sederhana sahaja. Cuba fikir, mak ayah kita baju raya mereka berapa ringgit berbanding kita (tak termasuk tudung dengan kasut lagi) padahal mak ayah yang bekerja penat lelah mencari duit (ini kes yang mak ayah masih menanggung hidup). Layak kah kita nak demand?

Walaupun mak ayah tak cakap apa-apa, kita sebagai anak biar ada common sense sikit. Tak salah nak bergaya sakan sekalipun tapi berbalik kepada ukur baju di badan sendiri. Nak bergaya sakan, cari duit sendiri. Baru tahu nilai duit sekarang sebesar mana. Dan masa dah berduit, jangan tak bagi langsung kat mak ayah pulak.

Maaf. Ter-emosi sikit.

Lagi. AURAT DAN SOLAT.

Dua-dua benda ni masa tak raya pun kena jaga. Bukanlah sampai beraya tanpa peduli hal-hal agama.

Kalau pakai tudung tak cantik ke nak selfie raya? Oh, perlu ke selfie raya (banyak-banyak?) Rambut kita tu sebab dah set mahal-mahal kena tunjuk kat semua orang ke?

Tak kesiankan diri sendiri, kesiankan ayah yang tanggung dosa bila anak tak tutup aurat.

Bab solat.

Beraya sampai tak solat. Kat rumah saudara mara boleh saja tumpang solat. Atau singgah mana-mana masjid.

Tak solat sebab malas nak buka dan pakai tudung yang belit-belit?
Tak solat sebab malas nak mekap 2 kali?

Tak ada siapa suruh pakai tudung belit. Dan tak ada siapa juga suruh mekap bagai. Sekadarnya cukup. Biar mudah solat. Tak ada telekung, pinjam tuan rumah punya kejap. Takde hal pun.

Ops satu lagi. Minta maaf kat mak ayah.

Baru seminit karang skrip maaf bagai lepas tu melawan atau cakap kasar balik. Eh. Dah takde makna ke maaf tadi? Adat je ke? Atau sebab nak duit raya?

Minta maaf bukan wajib pagi raya je. Tiap-tiap kali buat salah pun kena minta maaf.

Saya mengaku saya juga tak sempurna dalam semua bab di atas. Tapi saya akan baiki semua tu. Insya Allah.

Sama-sama kita ubah.

Selamat hari raya keempat. Maaf zahir dan batin.

Saya tak tahu kenapa saya emosi sangat raya kali ini, cuma tak menahan melihat maka meluah lah. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...