Tips Cepat Masak Ramadan Part 3

Teks: Hifzaila Hafni
Foto & Resipi: Facebook Puan Pnut Syafinaz


Part 3... part akhir. Menu yang paling banyak kegunaan dan praktikal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Terima kasih untuk Puan Syafinaz yang genius!


Menu #9 - Daging Kisar Berempah


Pelbagai menu menggunakan Daging Kisar Berempah
Bahan-bahan:
1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rempah, bawang putih, bawang merah dikisar.
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Masak sampai sedikit kering. 

4. Sejukkan ikut portion kecil-kecil, senang sekali guna keluarkan satu portion sahaja.

Tips: Kalau nak buat banyak-banyak buatlah 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.

Daging kisar berempah ni boleh digunakan dalam menu-menu berikut:

--> Kuih Cara Berlauk

(Gunakan adunan kuih cara tuna keju seperti yang dikongsikan dalam Part 1, cuma tuna digantikan dengan inti daging kisar ni)

--> Puding Roti Daging
- Rendam beberapa keping roti ke dalam susu segar yang di pukul dengan telur + lada sulah + lada hitam + sedikit garam
- Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
- Lapikkan roti yang direndam tadi satu lapisan kemudian letak inti daging satu lapisan, ulang roti satu lapisan, dan daging satu lapisan, tutup satu lapisan lagi dengan roti, kemudian taburkan keju.


Tips: Kalau malas nak lapik-lapik, gaul kesemua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.

--> Roti John
- Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur.
- Tuang adunan atas roti bun panjang (untuk sosej) yang dah dibelah (jangan sampai putus)
- Terbalikkan, masak sampai elok garing, kemudian letak timun parut, mayonis dan sos.

--> Makaroni Bakar
- Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
- Pukul telur dan campurkan daging kisar
- Gaulkan dengan makroni yang direbus tadi (biar lembab dan berair sikit)
- Taburkan keju dan bakar.


Tips: Rujuk gambar kiri bawah-letak dlm bekas aluminium foil macam tu kalau buat bulan puasa, memendekkan waktu membakar dan tidak membazir. Org makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis, Simpan dalam peti ais, esok panaskan balik.

--> Kentang Bakar
- Beberapa biji kentang russet dibelah dua
(kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut)
- Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis)
- Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar

- Taburkan keju, bakar dalam 15-20 minit.

--> Inti Karipap Segera
- Tambah kentang dadu, gaulkan.
(Gunakan roti gardenia, letak inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera)

--> Finger food untuk Anak
- Letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping-sekeping kemudian taburkan keju.
Tips: Sekeping roti gardenia dipotong 4. Senang anak makan.

--> Samosa Daging

- Balut daging kisar dengan kulit popia. Gorengkan.


Selamat mencuba!

Lagi menu di Part 1 dan Part 2.

======================================================================



===================================================
TAPAK IKLAN DALAM EBOOK 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE
====================================================

HARGA TAPAK IKLAN : RM150


BONUS 3 ebook lain & tapak iklan di blog SOHO Directory

ADA 68 TAPAK SAHAJA LAGI

Ebook Akan Terbit

HUBUNGI 0194603094 UNTUK TEMPAH TAPAK IKLAN ANDA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...