Tips Cepat Masak Ramadan Part 2

Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Facebook Puan Pnut Syafinaz

Lagi menu cepat masak...part 2.


Menu #5 - Sambal Gesek / Tuktuk Jawa

Sambal Gesek

Bahan-bahan:
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (warna ungu)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (atau ikut selera masing-masing)
Garam dan gula
Segenggam ikan bilis (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)
1 sudu minyak masak

Cara-cara:
1. Patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang kecil dan bawang putih.
2. Goreng bahan-bahan tadi dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 atau 1 sudu minyak masak je.
3. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk dengan lesung batu, semua bahan yang digoreng tadi dengan belacan, tambah garam dan gula.
5. Tumbuk lagi dengan ikan bilis.
6. Perah limau kasturi dan gaulkan.

Tips: Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak, frozenkan dalam portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh terus makan.

*Nak campur petai: Petai tu hiris-hiris, goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit. 



Menu #6 - Pes Rempah Kari dan Kurma

Pes Kari dan Kurma

Bahan-bahan:
(Sama macam kita buat kari)

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan-bahan kari seperti biasa.
2. Masak sampai garing.
3. Sejukkan dan simpan ikut portion atau dalam bekas kecil-kecil macam dalam gambar.
4. Siapkan dengan perahan asam jawa, garam dan gula.
5.Nanti nak masak cuma defrost dan tambah santan sahaja, kemudian masukkan lauk yang disukai (ayam/daging/ikan/makanan laut/telur) 

Tips: Gambar sebelah kanan - pes kurma dan sambal tumis. Sama je caranya. Tumis semua bahan sampai garing dan naik minyak, meudian simpan dalam portion kecil.



Menu #7 - Puff Koboi



Bahan-bahan:
1 bungkus roti canai segera (mentah) jenama Kawanku
Beberapa batang sosej (dipotong dua - sbb nak puff comel-comel)
Telur kuning untuk disapu


Cara-cara:
1. Potong roti canai kepada 4 bahagian macam dalam gambar.
2. Kemudian lipatkan macam dalam gambar juga.
3. Kelar-kelarkan sedikit.
4. Sapu telur kuning atas puff.
5. Bakar selama 20 minit.

Tips: Sedap dibuat juadah berbuka puasa, makan panas-panas.


Menu #8 - Pes Sambal Tumis

Pes Sambal Tumis

Bahan-bahan:
Cili kering, anggaran RM4 (guntingkan dan rebus)
10 biji bawang besar (sambal tumis bawang banyak lagi sedap)
Garam dan gula secukup rasa
Semangkuk besar air asam jawa
20 biji bawang putih

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan.
2. Tumiskan bahan kisar tadi, masukkan garam dan gula.
3. Masak sampai garing dan naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masakkan sekali lagi sehingga kering air dan jadi pekat macam dalam gambar.

Tips: Simpan dalam bekas kecik-kecik, nanti nak guna hanya defrost, tambah air dan lauk-lauk (udang, sotong dan lain-lain). Boleh juga frozenkan sekali dgn petai. Bila-bila teringin nak makan petai, boleh saja :)


Sambungan Part 3... Daging Kisar Berempah untuk pelbagai menu hidangan. Nantikan!

Rujuk Part 1 untuk lagi menu.

=======================================================================

Perhatian untuk pengusaha homestay seluruh Malaysia!


=============================================

>> Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana?

>> Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun?




Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online yang bernaung di bawah AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu bantu anda BERIKLAN dengan kami kerana :
✔ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay yang ada di Malaysia
✔ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan ebook yang mengandungi iklan anda sepanjang tahun
✔ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi.
(Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan)


Tambahan:
✔ BONUS 1: Harga tapak kekal HANYA RM150 sahaja untuk dua tempat iklan.

Dan:
✔ Bonus 2: TEMURAMAH untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook Mula Bisnes Homestay.


Selagi mana ebook ini terjual maka AKAN BETERUSAN homestay anda akan diiklankan.


Hubungi 0194603094 untuk daftar iklan homestay anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...