Tips Cepat Masak Ramadan Part 1

Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Facebook Puan Pnut Syafinaz

Teruja saya tengok menu-menu hasil idea Puan Syafinaz ni di Facebook. Sesuai sangatlah untuk ibu-ibu bekerja dan ibu bekerja di rumah macam saya (wahm). 

Lantas saya pm beliau untuk minta izin saya kongsi di blog ini. Kalau disimpan dalam Facebook saja, susah pula nak cari. Idea dan tips semuanya daripada beliau, saya cuma olahkan saja.

Terima kasih untuk Puan Syafinaz untuk perkongsian tips cepat masak ni. Ada 3 part semuanya. Semoga bermanfaat untuk semua.


Menu #1 - Kuih Cara Tuna Keju

Kuih Cara Tuna Keju

Bahan-bahan:
Adunan kuih cara
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (adjust kepekatan, jangan terlalu cair atau pekat)
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning atau hijau

Inti tuna keju
1 tin tuna
Lada sulah
Lada hitam kasar
Garam
Keju diparut / dipotong

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan untuk adunan dalam mesin dan kisar halus.
2. Sudukan adunan tepung ke dalam acuan kuih cara.
3. Letakkan tuna dan keju di atasnya.
4. Bakar atas dapur hingga masak.

Tips: Tutup bahagian atas acuan supaya wap panas dapat cepatkan tepung masak.


Menu #2 - Donut Sejukbeku (Frozen)


Donut Frozen

Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) atau 6 g yis segera (lebih best yis basah)
125 ml susu segar suam
25 g mentega (dicairkan)
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula kastor
Minyak untuk menggoreng
Gula castor untuk ditabur

Cara-cara:
1. Campur yis dan susu, kacau.
2. Masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula - kacau sebati.
3. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan yang lain. Curahkan campuran yis di tengah-tengah tepung. Gaul sebati.
4. Uli adunan hingga jadi doh licin (tidak melekat di jari). Masukkan doh ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan cling film. Biarkan selama 1 jam.
5. Uli semula doh, kemudian canaikan setebal 2 cm.
6. Ambil penerap bulat, terapkan hingga habis.
7. Biarkan donut di atas dulang yang telah disapu minyak selama 20-30 minit.
8. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan.

Tips: Gandakan adunan 3-4 kali ganda untuk stok sebulan puasa. Untuk donut yang tak berlubang, boleh dibuat mini burger (letak sambal, telur dadar nipis, ikan bilis, hirisan timun) atau donut sambal (sambal ikan bilis, sardin). Untuk frozen, goreng hingga kekuningan dan bekukan (macam dalam gambar, portion by portion).



Menu #3 - Pes Asam Pedas


Bahan-bahan: 
Cili kering (anggaran RM4) - digunting dan direbus
1 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
20-30 biji bawang kecil (warna ungu)
10-20 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Air asam jawa
Garam dan gula
Daun kesum
Bunga kantan
Serai (diketuk)

Cara-cara:
1. Cili kering + bawang kecil + bawang putih + belacan dikisar halus.
2. Tumiskan bahan kisar hingga kering dan masukkan serai.
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, air asam jawa, garam, gula.
4. Tumis hingga betul-betul garing dan naik minyak.
5. Sejukkan dan simpan dalam portion kecil (seperti gambar).
6. Nak masak, cuma defrost dan tambah air.  Kemudian masukkan lauk dan sayur yang disukai.

Tips: Lauk sesuai ikan pari, ikan kembung, sotong, udang. Sayur sesuai kacang bendi dan terung.

Bersambung dalam Part 2 (Sambal gesek, pes kari dan kurma, puff koboi) insya Allah esok :)

Lagi menu di Part 3 (Daging Kisar Berempah Pelbagai Guna).

===============================================================

KELAS BLOG OFFLINE
Belajar asas Blog & Fanpage 
Juga belajar beriklan di Instagram


TERHAD 10 PESERTA SAHAJA.

Tarikh: 27 Jun 2015, Sabtu
Tempat: Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam
Jam: 9.15 am - 1.15 pm

Daftar kelas di sini:

atau Whatsapp ke 019-4603094





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...