Cara Mendisiplinkan Anak dengan Berhemah

Teks: Hifzaila Hafni

Tamat sudah cuti sekolah. Ibu kembali sibuk urus anak dan 3 hari lagi, umat Islam dijangka akan memulakan ibadah puasa.

Dengan pelbagai tugas di bahu seorang ibu, kadangkala stres juga bila anak buat-buat tak dengar arahan kita atau ada saja perkara nak bagi kita naik angin.

Kena banyak berdoalah dikurniakan kesabaran mendidik anak diselain tambah ilmu-ilmu keibubapaan. Selain tu kalau nak ajar dia disiplin, kita pun kena sama disiplin. Barulah betul.

Di sini, saya nak kongsikan 6 tips untuk disiplinkan anak yang dikongsikan oleh seorang penulis, Sarah Scott.

Tips #1 - Arahan yang Jelas dan Spesifik

Jelaskan apa yang kita harapkan daripada anak-anak. Dan spesifikkan perkara yang perlu diselesaikan. Jadi anak mudah faham dan akan bertindak selari dengan itu. Kita cakap jelas dengan dia, contoh:
Fuaad, tolong angkat pinggan kotor letak di sinki.
Fuaad, tolong simpan mainan dalam bakul nanti abah balik terpijak mainan tu.

Ibu bapa boleh tetapkan matlamat yang kecil dahulu untuk permulaan; kemudian kepada matlamat yang lebih besar atau berjangka panjang.

Tips #2 - Konsisten

Jangan sogokkan anak dengan janji kosong. Ibu bapa kena beri contoh individu yang boleh dipercayai bukan berbohong. Kalau kata nak bagi coklat kalau dia simpan mainan dalam bakul, kena bagi. Kalau dah janji nak beli aiskrim selepas dia tolong basuh pinggan, belikan. Jangan tipu. Nanti dia membesar dengan rasa kurang percaya pada kita, dan dia juga akan bersikap begitu.

Tips #3 - Terurus / Tersusun

Ambil masa untuk kemaskan rumah. Bukanlah perlu sempurna, asalkan ada ruang dan tak berserabut, ok lah tu. Kalau anak tengok kita buat, lama-lama dia akan ikut juga. Ajar dia mengemas dan simpan barang-barangnya di tempat yang sepatutnya.

Tips #4 - Berwarna-warni

Gunakan bahan yang berwarna-warni untuk tarik perhatian anak untuk lakukan sesuatu. Pasti anak teruja. Macam jadual atau checklist, boleh hias cantik-cantik baru anak seronok nak buat dan ikut.

Tips #5 - Penyayang

Disiplin tak perlu paksaan selalu. Boleh mendisiplinkan anak dengan kasih sayang dan lemah lembut. Kita pun tak mahu anak kecil hati dengan kita. Kita kena banyakkan bersabar menangani kerenah anak (saya perlukan ini banyak-banyak).

Tips #6 - Berani dan Yakin

Kita kena percaya dan yakin dengan didikan kita untuk jadikan anak kita percaya dan yakin macam kita juga. Banyakkan membaca ilmu keibubapaan. Dan berkongsi ilmu dengan ibu bapa yang lebih berpengalaman.

Insya Allah. Jom cuba praktikkan 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...