Cabang Bisnes Lumayan: Homestay

Teks: Hifzaila Hafni

Saya agak biasa menginap di homestay. Kalau dulu, homestay seringkali diguna oleh pelancong yang ingin merasai suasana hidup sebenar di kampung. Kini, homestay tak mesti rumah kampung, rumah teres pun dah banyak. Cuma kalau rumah kampung, kadar sewa selalunya mahal sikit sebab antik kan.

Disebabkan saya dah tiada ibu bapa dan menetap di Selangor, jadi masa saya nak berkahwin dulu, jenuh juga kalau nak booking hotel. Sebab tak mahu menyusahkan saudara-mara, saya sewa je homestay. Satu untuk keluarga saya, satu untuk keluarga suami (mentua). Alhamdulillah tuan rumah kedua-dua homestay sangat mudah berurusan dan rumah-rumahnya pun ok sangat. Kalau sesiapa nak cari homestay di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang boleh pm saya ye (bukan iklan tau, berkongsi saja).

Sebenarnya, daripada dibiarkan rumah terbiar tanpa dihuni, baik disewakan malah lebih baik dibuat homestay. Sebabnya? Pendapatan daripada penginapan homestay boleh jadi berkali ganda berbanding sewa.

Kalau anda ada rumah kampung yang masih baik dan elok keadaannya, dan tidak dihuni, boleh dibangunkan menjadi homestay. Atau anda telah membeli rumah baru, rumah lama kalau tak dijual atau disewa, elok juga dijadikan homestay. Kemaskan dan siapkan kelengkapan. Rata-rata orang mencari homestay berbanding hotel, jika bergerak dalam kelompok keluaga yang besar. Jimat sikit belanja dan lebih mesra duduk sama-sama.

Kalau anda ada homestay dan mahu iklankan homestay anda, boleh lakukan melalui ebook HOMESTAY MALAYSIA yang akan diterbitkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Iklankan supaya lebih luas jaringan pelanggan berpotensi kerana ABDR mempunyai pautan kepada hampir 1000 blog.

Selain beriklan dengan harga berpatutan, anda juga berpeluang untuk ditemu ramah.

Berminat untuk iklankan homestay anda?
Hubungi 019 460 3094 untuk tempah slot iklan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...