Jurnal 44: Mengendong Bayi

Teks: Hifzaila Hafni

Tak sabar nak menunggu selesai tempoh pantang, tak sabar nak cuba mengendong bayi nak bawak keluar jalan-jalan.

Dulu, si abangnya juga digendong tapi malangnya pada masa itu, saya cetek ilmu mengendong bayi. Saya gunakan baby carrier dan ternyata anak saya tak selesa. Saya atau suami yang mengendongnya pun kurang selesa tapi masa itu saya tak tahu sebenarnya banyak cara yang lebih selamat dan betul dalam mengendong bayi.

Jadi, kali ini, dengan sedikit pendedahan baru saya tahu macam-macam cara untuk mengendong bayi dengan selamat dan betul serta menjaga postur bayi. Dalam banyak-banyak cara, saya teringin nak cuba baby wrap atau ring sling.

Selain faktor harga yang masih mampu milik, saya kira cara ini nampak tidak terlalu complicated. Tak salah mencuba kan.

Saya ternampak perkongsian di group Babywearers. Cara mengendong bayi menggunakan kain batik lepas.

Saya suka!

Tanpa perlu dijahit, tanpa aksesori tambahan...hanya kain batik lepas semata-mata untuk mengendong. Tapi kena pastikan slipknot (simpulan) dan kedudukan kain betul-betul selamat dan kukuh. Kos yang terlibat? Membeli kain batik lepas 😊

Insya Allah akan ulang lihat tutorial menyiapkan pengendong batik lepas tu untuk belajar. Insya Allah boleh.

Ada sesiapa yang memang menggunakan pengendong bayi batik lepas?

Best tak?

*Saya ada satu baby carrier dihadiahkan oleh kawan. Tapi kurang ergonomik. Rupanya masih boleh diubahsuai dengan melilit skaf / selendang. Kreatif 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...