Cabaran Menjadi Wahm

Bismillah. Cabaran paling hebat bagi ibu yang bekerja di rumah adalah mencari ruang masa untuk bekerja dengan TENANG. Dikelilingi anak-anak yang sedang membesar, sudah tentu banyak perkara yang mereka ingin teroka dan cuba. Dan seringkali melibatkan perkara yang boleh membahayakan mereka atau adik-beradik yang lain. Dan keadaan beginilah cabaran terbesar buat saya, bila mana si abang suka mengusik adik dengan agak kasar, maklumlah dia sendiri belum tahu perbuatannya bahaya atau tidak dan itu menyebabkan sukar saya hendak tinggalkan mereka berdua sendirian. Saya nak ke tandas pun fikir 2-3 kali dulu! Kalau ada masa kedua-dua tidur pada waktu yang sama - betapa leganya saya rasa. Saya ada ruang untuk diri saya, menguruskan kerja-kerja rumah tertangguh atau membuat urusan bisnes. Betul. Wahm kena ada disiplin. Dan kena pantas buat kerja. Sebab masa yang ada tu kadangkala sekejap saja, kalau untung, lama sikit, dapat berehat sekejap. Kelemahan saya sekarang, nak buat kerja dengan pantas. Kadang-kadang tu bila dah ada waktu, saya tak tahu nak tumpu yang mana dahulu. Banyak urat putus terutamanya urat fokus kot masa bersalin dulu. Nak kena tambah fungsi otak dan kembalikan urat-urat yang putus ni. Kena ambil Lecithin dan minyak ikan agaknya ni. Apapun, saya cuba perbaiki diri setiap hari. Saya yakin saya mampu lakukannya. Jangan ingat wahm banyak duduk berehat tidur masak makan sahaja di rumah, ya. Mereka adalah golongan yang bekerja dari pagi hingga malam dan tiada cuti rasmi pun. Jadi jangan ingat jadi wahm itu mudah. Setiap pekerjaan itu ada cabarannya. Dan hormatlah setiap pekerjaan itu. Semua ada fungsi masing-masing. Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...