Berbisnes Di Rumah dengan Dropship

Teks: Hifzaila Hafni

Semalam, pagi-pagi lagi saya terima Whatsapp bertanyakan sambal kentang. Ye, saya jual sambal kentang ye.

Tapi macamana saya nak uruskan pembelian dan pengeposan sedangkan saya masih lagi berpantang 8 hari?

Orang pantang kan tak digalakkan keluar rumah melainkan terpaksa atau ke klinik aje.

Saya masih boleh uruskan sebab saya jual sambal kentang secara dropship. Saya tak perlu simpan stok dan ke pejabat pos untuk tujuan pengeposan sebab semua urusan tersebut dilakukan oleh tuan punya dropship. Mudah kan?

Selepas saya menerima order, dan pelanggan sudah membuat pembayaran dan memberikan maklumat pembayaran dan pengeposan, saya hanya perlu memindahkan bayaran kepada tuan punya dropship beserta maklumat pelanggan sahaja. Beliau akan uruskan penghantaran sambal kentang tadi.

Selesai.

Bisnes dropship adalah bisnes yang paling sesuai dimulakan oleh golongan yang tiada modal atau mempunyai modal yang minimum. Ejen dropship hanya perlu iklankan produk dan menjual, dan mengumpul komisen. Yang penting anda mempunyai gajet dengan data internet dan kesungguhan.

SMS/Whatsapp 019 460 3094 jika berminat untuk jadi ejen dropship.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...