Jurnal 44: Kelebihan Bertungku dan Berbengkung Ketika Berpantang

Teks: Hifzaila Hafni

Bertungku dan berbengkung sangat penting semasa berpantang. Walaupun sekarang sudah diganti dengan peralatan tungku atau revolusi bengkung yang pelbagai; tapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mengecutkan rahim dan memulihkan peranakan yang jatuh. Selain mengelakkan perut buncit dan menggeleber.

Berpantang kali ni, ada juga hari yang saya terlepas bertungku dan berbengkung tapi selepas diurut dan di'nasihat'kan oleh akak tukang urut tu, insaf jadinya saya. Maka saya cuba untuk konsisten bertungku dan berbengkung sekurang-kurangnya 30 hari tapi sebaiknya sampai habis pantanglah 44 hari. Semoga saya berjaya ☺

Kelebihan Bertungku

Tungku lazimnya menggunakan batu sungai. Tapi ada juga yang guna bata merah atau besi. Saya guna batu sungai. Yang penting haba tu yang kita nak sampai ke urat-urat kita yang tegang sepanjang mengandung dan semasa proses bersalin. Selalunya tungku dipanaskan di atas dapur untuk beberapa minit, kemudian dibalut dengan kain sederhana tebal atau tuala. Ada orang-orang tua selalu lapikkan dengan daun mengkudu. Akak tukang urut saya lapik besi tungku beliau dengan daun pandan. Wangi sungguh baunya masa dia tungkukan saya.

Bahagian badan yang perlu ditungku sudah semestinya perut hingga ke ari-ari. Tukang urut saya bagi petua, tungku sekali di bahagian punggung dan peha. Sebab urat-urat di situ banyak juga terjejas semasa proses meneran. Pinggang pun sama. Dan kalau sakit-sakit pinggang pun, letak batu tungku pada bahagian pinggang tu. Haba daripada tungku mampu bantu legakan sakit pinggang atau rasa seram sejuk pada tapak kaki.

Jadi jangan lupa bertungku ye. Sekarang ni dah mudah nak cari batu tungku. Kat kedai baby pun banyak dah saya tengok. Dijual sekali dengan sarungnya. Dalam RM30+ macam tu.

Kelebihan Berbengkung

Bengkung dipakai pada perut untuk mengembalikan bentuk tubuh yang asal dan mengempis serta mengecutkan rahim. Orang zaman dulu pakai bengkung melilit-lilit kain dekat 10 meter. Sekarang ni dah mudah, ada bengkung yang dah siap. Ada sesetengah orang berpantang pilih korset atau girdle sahaja. Terpulanglah kan. Tetapi tetap berbengkung.

Sebelum memakai bengkung, sapu losyen kempis perut atau krim panas untuk bantu pecahkan lemak. Saya guna Losyen Seri Ramping, Grandma's Secret. Selepas disapu, pakai bengkung. Saya guna Bengkung Tradisi Jamu Jelita. Selang seli pakai Korset Berherba Jamu Jelita juga. Oh saya tak jual dua-dua barang ini ya. Saya pengguna saja. Hehe.

Bengkung kalau dipakai dengan konsisten, insya Allah rahim cepat mengecut dan perut akan kembali kempis lebih cepat dan mudah. Sebaiknya dipakai sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari.

Memang agak remeh dan leceh untuk konsisten semasa berpantang. Tapi banyak kebaikannya untuk diri kita sendiri juga. Yelah selama hampir 9 bulan tubuh mengembang takkanlah dalam seminggu dua dah kembali normal. Saya harap saya mampu jayakan tempoh berpantang kali ini. Insya Allah.

Ibu yang turut sama berpantang dengan saya, selamat berpantang sama-sama!

#jurnal44
#berpantang

===============================

Pakej Khas untuk Ibu Berpantang!

💥Ebook 44 Hari Berpantang Tradisional & Moden

💥Ebook 44 Resepi Pantang

Dan...

💥Set Kesihatan Ibu Berpantang dan Menyusu

SMS/Whatsapp 019 460 3094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...