Ulasan Ebook: 44 Resepi Berpantang

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi ibu yang bakal berpantang tak lama lagi, pastinya bahan bacaan yang saya cari berkaitan dengan amalan berpantang. Salah satunya yang memang saya ingin miliki daripada sebelum hamil lagi adalah ebook resepi berpantang.

Dalam ebook 44 Resepi Berpantang hasil tulisan Puan Masayu Ahmad ini, dikongsikan 44 jenis menu berpantang yang mana meliputi menu sihat dan berkhasiat untuk ibu yang sedang berpantang. Untuk orang yang berdiet pun boleh juga kalau nak cuba resipi yang dikongsikan.

Sewaktu berpantang, tidak semestinya kita perlu makan masak pindang saja, ada lagi menu lain yang boleh dicuba dan diselang-seli untuk mempelbagaikan menu dan elak bosan. Bagi orang yang sudah biasa dengan menu sihat yang ringkas dan mudah mungkin tiada masalah (macam saya hehe). Tapi yang suka makan masak lemak, kari, asam pedas, berempah atau sambal tumis...tempoh berpantang sudah pasti dilalui dengan amat mencabar.

Jadi, dalam ebook ini, Puan Masayu ada ketengahkan beberapa jenis menu yang mungkin kita tak pernah tahu boleh dimakan sewaktu berpantang. Jadi tidaklah jemu makan menu pantang yang sama setiap hari.

Antara menu yang menarik perhatian saya adalah menu ayam. Tapi ayam yang digunakan ayam kampung atau ayam organik saja ya. Selain tu, ada menu nasi dan minuman juga.

Di samping resepi, dalam ebook ini juga terdapat tips sewaktu berpantang yang amat berguna sebagai panduan.

Jadi, bakal-bakal ibu yang akan berpantang, atau sedang berpantang atau menjaga orang dalam pantang; sangat digalakkan mendapatkan ebook ini.

Bermanfaat untuk saya, saya harap bermanfaat untuk anda juga.

Dapatkan sekarang dengan harga promosi RM30 sahaja. Anda akan dapat bonus ebook 44 Hari Berpantang Tradisional & Moden juga.

TAWARAN TERHAD hingga 30 Mac 2015 sahaja.

SMS/Whatsapp 019 460 3094 untuk membeli ebook ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...