Seronokkah Bekerja Di Rumah?

Teks: Hifzaila Hafni

Lain benar rasa hari Ahad, semalam. Sebab?

Saya hanya perlu siapkan beg taska anak dan keperluan suami sahaja untuk esok - Isnin. Hari pertama untuk yang bekerja. Ehhh saya pun kerja juga, walaupun di rumah, saya tetap akan 'punch in' macam biasa. Yang bezanya saya tak perlu travel untuk tempat kerja. Hanya dengan beroperasi di rumah.

Alhamdulillah.

Setiap orang diberikan Allah peluang yang berbeza. Saya sangat bersyukur Allah kurniakan peluang untuk saya berehat sebelum bersalin, yakni bercuti awal dan bercuti terus (resign). Tak semua orang berpeluang begitu, tetapi percayalah setiap yang berlaku adalah sesuai dengan keupayaan masing-masing.

Alhamdulillah suami juga menyokong, agaknya melihat isterinya yang makyong ni berjalan pun dah terhoyong-hayang, termengah-mengah. Mana lagi nak kena memandu ke pejabat-menempuh-jem dan mendaki tangga setinggi 3 tingkat, setiap hari! Saya agak mengalah di situ. Dan semakin hampir tarikh bersalin, saya makin kurang tumpuan dan mudah hilang fokus menjadikan prestasi kerja saya tidak seperti yang sepatutnya. Jadi saya rasa lebih baik saya berundur demi kesihatan saya dan anak dalam kandungan.

Itupun saya rasa saya masih bertahan dengan bantuan suplemen yang saya ambil secara konsisten. Kalau tidak, saya rasa awal-awal lagi saya dah rebah.

Seronokkah bekerja di rumah?

Terpulang kepada individu. Juga keperluan diri atau keluarga, atau yang inginkan kebebasan waktu bekerja dan kewangan. Ada yang selesa bekerja sendiri dengan menjadi majikan sendiri, ada yang selesa untuk menetapkan waktu bekerja yang fleksibel dan ada yang mahu jana pendapatan atas usaha sendiri - maksudnya usaha lebih, pulangannya juga lebih (Insya Allah) kerana kita tak bergantung kepada orang lain, hanya pada Allah.

Apa jua alasan sekalipun, kita analisa sendiri keputusan yang kita buat sebelum jadikannya kenyataan. Bagi suri bekerjaya khususnya, jangan anggap suri rumah suatu pekerjaan yang senang, malahan lebih memenatkan jika tidak dirancang dengan betul dan berdisiplin - jika niat anda berhenti kerja dengan anggapan boleh senang-senang di rumah. Itu kurang tepat.

Saya pernah melaluinya suatu masa dulu dan itulah pengajaran yang paling besar dan bermakna buat saya. Maka, menjadi wahm kali kedua saya lebih bersedia, dengan sokongan rakan-rakan yang juga telah mengambil langkah sebelum saya. Serta dorongan rakan-rakan bisnes saya.

Semoga dimudahkan urusan saya, dan saya doakan urusan cik puan semua juga. Insya Allah.

======================================================================

Panduan untuk menjadi wahm yang berjaya - dapatkan pakej ebook ini dengan harga promosi:

ebook wahm
Ebook Yeay! Mama Sudah Resign! dan Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes HANYA RM30 SAHAJA.

Hubungi 0194603094 untuk menempah pakej ebook ini.

Link ebook akan diemel secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...