Seminar Mudahnya Buat Bisnes Di Rumah oleh Puan Kaybee Rahim

Teks: Hifzaila Hafni

Mendengar topik seminar pun dah teruja, bukan? Maklumlah, ibu-ibu sekarang kebanyakannya mahu bekerja di rumah sambil menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama ingin menjana pendapatan sendiri. Jadi, seminar yang saya hadiri semalam ini, mendedahkan bagaimana suri rumah juga boleh memulakan bisnes sendiri walaupun hanya di rumah.

Dianjurkan oleh Puan Kaybee Rahim, yang berpengalaman berbisnes sendiri dan bekerja di pelbagai sektor industri sebelum ini, banyak ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan. Antaranya:

- Idea Bisnes Mudah Di Rumah
- Checklist Perkara Yang Perlu Ada Apabila Berbisnes Di Rumah
- Contoh Jadual Orang yang Berbisnes Di Rumah
- Contoh Ayat Marketing Power
- Cara Menghasilkan Poster Iklan yang Cantik dan Mudah

Dan seminar ini terhad kepada WANITA SAHAJA ya. Jadi, peserta lebih selesa bertanya soalan atau berkongsi serta mesra bayi (boleh bawa anak ke sini).

Juga ada perkongsian daripada usahawan wanita, Puan Norizah Ali, pemilik butik Airecca Collection; tentang pengalaman beliau membangunkan bisnes menjual blaus muslimah bermula kecil-kecilan hingga kini mampu memiliki butik dan pekerja sendiri.

Seminar ini merupakan batch yang kedua, yang mana batch pertama telah menghadiri seminar ini pada bulan Januari lepas. Saya sepatutnya hadir ke seminar pertama tetapi tidak kesampaian atas faktor kesihatan. Alhamdulillah berkesempatan juga hadir seminar yang kedua ini dan insya-Allah akan dimanfaatkan segala yang diperolehi selepas ini.

Pada saya, dengan yuran seminar hanya RM50 SAHAJA untuk setengah hari berbaloi dan mampu. Saya kira kebanyakan cik puan di luar sana juga begitu. Jika belum mampu hadir ke seminar atau kelas yang yurannya tinggi, boleh hadir ke kelas yang yurannya agak rendah dahulu. Ilmu yang disampaikan tetap bermanfaat dan berguna - tidak semata-mata bergantung kepada tinggi atau rendah kadar yuran.

Kenapa penting hadir ke seminar atau kelas?

Sebab, sampai ke penghujung nyawa kita pun kita masih dituntut untuk belajar. Selain itu, dapat tambah lagi ilmu dan juga networking. Selain daripada networking secara online, sesekali perlu juga offline (jumpa face to face). Kedua-duanya penting. Jika berkemampuan dari segi masa dan wang, boleh laburkan sedikit untuk kelas-kelas bisnes atau kemahiran seperti ini.

Sama juga seperti di Akademi Bekerja Di Rumah. Ada kelas belajar blog online/offline, kelas asas akaun dan kelas membuat ebook. Suri rumah sekarang semuanya berpeluang. Asalkan mahu berusaha.


Mudahnya Bisnes Di Rumah






------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika cik puan berniat mahu berbisnes di rumah seperti kebanyakan wanita yang ada dalam gambar di atas, boleh hubungi saya ya.

Hifzaila Hafni*Pengurus Online*Akademi Bekerja Di Rumah*hifzaila.hafni@gmail.com*019-460 3094



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...