Menjadi Working At Home Mom (WAHM) yang Berjaya dan Kaya

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah sudah hari kedua menjadi WAHM semula. Kenapa semula?

Sebab 2 tahun lepas saya dah berpengalaman begini. Tetapi kembali menjadi suri bekerjaya setelah menimbangkan keperluan keluarga yang memerlukan saya dan suami bekerja.

Dan kini kembali ke 'rumah' semula.

Semalam, penuh jadual saya dari pagi hingga petang. Biarpun tidak bekerja di pejabat, tetapi banyak juga urusan di luar.

Pagi, lepas siapkan anak ke taska (ya saya masih perlu hantar anak ke taska sepanjang bulan ini untuk menyelesaikan beberapa tugasan), terus gerak ke rumah mentor Shaklee saya untuk perbincangan target dalam fasa seterusnya.

Selesai di situ, bergegas pula untuk rutin check up ibu mengandung di klinik kesihatan. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan baik.

Siap urusan klinik, terus pecut ke GDex (syarikat kurier) untuk ambil barang yang sepatutnya dihantar di rumah tapi waktu itu saya tiada. Mujur pejabatnya dekat sahaja. Sebelum itu, singgah kedai mamak untuk makan tengahari. Biasalah nasi kandar. Nasi putih separuh + ayam goreng seketul + sayur kobis + air limau suam = RM7.90.. hmmm itu baru saya seorang yang makan. Boleh tahan juga harga nasi kandar sekarang ya. Tutup mata sajalah semalam, sebab makan pun dah lewat dan kedai mamak sajalah pilihan yang mudah.

Selesai urusan di Gdex, terus ke taska untuk ambil anak. Seronok la dia 2-3 hari ni ummi boleh pick up awal. Tu lah salah satu matlamat saya tinggalkan kerja pejabat - supaya anak tidak terlalu lama berada di taska. Sebelum ni, dia antara yang terawal sampai, dan juga antara yang terakhir balik. Hampir 12 jam! Kalau boleh, cukuplah. Biar saya berkorban sedikit sekarang, jangan nanti anak saya kata dia tak ada masa pula dengan saya bila dah tua kelak.

Ok, berbalik kepada urusan di hari pertama kerja baru saya tu, lepas ambil anak, balik rumah kejap untuk rehat. Seharian juga saya memandu. Dah sampai rumah baru terasa penatnya. Tapi alhamdulillah masih lagi ada tenaga untuk keluar semula untuk COD nasi arab kepada pelanggan.

Seronok dapat bantu pelanggan tu nak sediakan hidangan mudah dan sedap kepada tetamu. Katanya merata-rata mencari penjual nasi arab Al Bayt ni hingga akhirnya terjumpa blog saya. Rezeki beliau, saya memang ada stok dan lokasi kami juga berdekatan. Kadangkala kita tak sangka rezeki ada di sekeliling kita kan.

Maka, dengan itu selesai hari pertama saya. Teruja dan penat tapi saya rasa ada kepuasan di situ. Penat ini jadi berganda sebab saya pun dah hampir nak bersalin. Kalau tak, agaknya sampai malam pun ada aktiviti lagi ni... hehe.

Menjadi wahm, pilihan masing-masing. Ikut keperluan dan tuntutan keluarga atau kehidupan anda. Dan menjadi wahm juga bukan seindah yang anda bayangkan jika anda biasa menjadi suri bekerjaya. Tapi semuanya terpulang kepada keadaan masing-masing.

Dalam kes saya, saya ingin menumpukan kepada anak yang bakal lahir (doakan saya mudah bersalin) dan tak mahu memikirkan cuti bersalin yang hanya 2 bulan itu. Sebolehnya biarlah saya menjaga sendiri sehingga sekurang-kurangnya anak berusia 6 bulan. Di samping saya semakin kurang fokus dengan kerja pejabat, dan perlu berulang alik agak jauh yang mengambil masa yang agak banyak, saya rasa di waktu ini, inilah keputusan yang terbaik buat saya.

Saya tak tahu kalau saya akan bekerja pejabat semula selepas ini, tapi yang pasti, kali kedua menjadi wahm ini memang berbeza daripada yang dahulu. Tapi sekurang-kurangnya kali ni jadual saya padat sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti khususnya bisnes.

Saya yakin pada rezeki Allah, asalkan saya terus berusaha dan berdoa.

Ibu-ibu di luar sana juga, yang mempunyai impian yang sama, saya doakan impian anda tercapai suatu hari nanti. Jangan terburu-buru membuat keputusan, dan fikir dahulu. Boleh juga amalkan solat istikharah atau #teknikBAD.

Semoga kita semua berjaya, tak kira apa jua keputusan yang kita buat.

================================

Jika ada niat untuk bekerja di rumah sambil menjana wang sendiri, ebook-ebook ini insha Allah dapat membantu anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peluang berada di rumah dan mempunyai pendapatan sendiri.

Ditawarkan pada harga RM50 untuk 3 ebook, amat berbaloi dan perlu dimiliki kerana harga asal ketiga-tiganya adalah RM100.

Dapatkan sekarang sebelum promosi berakhir.

SMS/ Whatsapp saya di 019 460 3094 untuk menempah ebook ini.

Selepas tempah dan membuat bayaran, link ebook akan dihantar secepat mungkin. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...