Anak Sukar Makan Sayur? Ikuti Tips Berikut.

Teks: Hifzaila Hafni

Pagi ni, saja belek-belek buku Annabel Karmel - What To Feed When; macam lama tak jengah buku tu maklumlah anak dah boleh makan macam-macam. Jadi tak ada nak cari resipi untuk anak sangat dalam buku (padahal anak baru 2 tahun lebih).

Buku ni, saya beli masa KLIBF, 2 tahun lepas kot. Memang murah lah sebab bukan buku baru. Dan saya memang dah berniat sekurang-kurangnya nak ada satu buku Annabel ni. Kalau nak tahu siapa dia, ni haaa.

nutrisi bayi
Annabel Karmel

Annabel Karmel ialah pakar pemakanan dan nutrisi untuk bayi dan kanak-kanak. Beliau telah menulis lebih 22 buah buku yang terjual lebih 4 juta naskhah di seluruh dunia.

Buku beliau yang saya ada yang ini:

panduan pemakanan anak
Ada lebih kurang 50 resipi menu anak untuk dicuba

Saya banyak rujuk buku ni masa Fuaad dah mula makan makanan pejal hingga umurnya hampir 2 tahun. Lepas dia dah boleh makan apa yang kami makan, saya dah mula lupa dah buku ni. Sebenarnya, dalam buku ni ada panduan pemakanan untuk anak hingga umur 3 tahun. Jadi, lama boleh pakai ni. Kalau Fuaad dah lepas fasa 3 tahun, boleh guna untuk adiknya pula. Insya Allah.

Salah satu isu yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah anak-anak yang susah nak makan sayur. Tapi, kadang-kadang sebab ibu bapa juga tak makan sayur, maka memang tak hairan lah kalau anak pun susah nak terima. Tapi bagi famili yang dah biasa ada hidangan sayur, cuma anak kurang gemar, jalan penyelesaiannya bukanlah dengan mengikut sahaja kehendak anak tapi cuba juga terus tawarkan dia dengan sayur-sayuran yang dia suka. 

Fuaad pun memilih juga sayur, tapi dia tetap makan. Cuma bila dia dah separuh kenyang, dia dah tak mahu sayur tu. Hmmm.

Satu nasihat yang dikongsi oleh Annabel dalam buku ini berkenaan anak yang susah nak makan sayur, nasihat beliau:

Ibu kena kreatif!
  • 'Sembunyikan' sayur-sayuran dengan cara mengisarnya terlebih dahulu, kemudian campurkan dalam sos tomato. Ni kalau untuk resipi pasta, sesuailah. Macam spagheti blognaise ke.
  • Tambahkan sayur-sayuran yang telah dilenyek atau puree sayur-sayuran ke dalam sup, stew atau kuah.
  • Selitkan salad, tomato atau timun yang dihiris nipis atau halus dalam sandwic, wrap atau lasagna. Kalau buat topping pizza, boleh letak capsicum di bawah parutan keju.
  • Sewaktu buat kentang lenyek, boleh buat karot lenyek juga. Campurkan sikit. Selain warna yang lebih menarik, rasanya juga lebih sedap.
  • Sesekali tawarkan sayur yang boleh dimakan mentah, macam timun atau tomato. Timun boleh dipotong jejari, tomato boleh dipotong dadu. Manalah tahu, anak kita minat sayur mentah yang segar macam ni. Boleh cuba ajar dia cicah dengan mayonis (untuk anak yang lebih 2 tahun).
  • Cuba perkenalkan dengan sayur-sayuran pelbagai warna dan bentuk. Macam brokoli, putik jagung atau asparagus. Tapi pastikan sayur-sayuran ini dicelur dahulu ya. Brokoli boleh diceraikan kepada floret (lebih menarik bagi anak) untuk mudah dipegang dan dimakan.
Kalau anak tetap sukar nak terima sayur, atau kita risau akan nutrisi yang diperolehinya, boleh cuba berikan multi vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya seperti INI.

Fuaad juga saya berikan vitamin tambahan bergantung kepada keperluan. Asalkan dia sihat dan cukup zat. Insya Allah.

Semoga bermanfaat untuk bantu anak kita dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang baik.

======================================================================
Perkongsian Nota Inspirasi- Rahayu Rashid

1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna.

Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.

sumber ebook YEAY! MAMA SUDAH RESIGN.

Sudah boleh mula buat tempahan hari ini. Link ebook akan dihantar secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.

Hubungi:
Hifzaila Hafni
019-4603094
hifzaila.hafni@gmail.com

bekerja bisnes di rumah
2 ebook pada harga promosi RM30 SAHAJA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...