Pelaburan untuk Ilmu Tak Pernah Rugi

Teks: Hifzaila Hafni

Lebih 2 minggu blog ini tidak di update. Ya, menulis blog memang memerlukan sedikit masa dan akhir-akhir ini saya mempunyai komitmen lain yang perlu dipertimbangkan buat masa 2-3 bulan ini - yang pastinya akan menentukan hidup saya di sepanjang 2015 ini.

Saya akan tetap berkongsi amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang saya lakukan untuk anak saya, serta kelas-kelas blog, pakej ebook dan peluang menjana pendapatan dari rumah selepas ini, insha Allah. Semuanya sentiasa ada sepanjang tahun dan anda boleh sertai bila-bila masa anda sudah sedia.





Dan baru saya sedar, hampir setahun juga saya menjadi Pengurus Online di ABDR; yang mana banyak pengalaman yang dapat saya kutip daripada barisan guru dan rakan-rakan niaga dalam jemaah ini. Selain bertambah kenalan daripada pelbagai latar belakang, saya belajar berniaga dan dropship. Saya belajar berbisnes online, saya belajar menulis blog dengan konsisten dan lengkap (culas kadang-kadang - itu yang perlu diperbaiki).

Tak rugi melabur sedikit untuk mendapat ilmu. Anda akan dapat ilmu yang lebih daripada yang anda bayar sebenarnya. Jika saya tak laburkan sedikit duit freelance saya tahun lepas untuk mendaftar Kelas Asas Blog Penulisan Online, saya rasa pada waktu ini, saya masih lagi diri saya yang lama, yang asyik berimpian bekerja di rumah tetapi tak tahu hala tuju, kesudahannya saya merasakan berada di rumah lebih stres. Alhamdulillah Allah bukakan jalan dan beri peluang saya belajar dan yang tinggal hanyalah usaha saya di samping doa supaya dimudahkan segala urusan saya sekeluarga selepas ini.

Guru blog saya, Zaila Mohamad, selain sebagai guru, kami banyak berkongsi bukan tentang blog sahaja tetapi banyak perkara lain seperti peluang bisnes dan menjana pendapatan tambahan.

Alhamdulillah. Walaupun anda akan rasa proses membangunkan dan meningkatkan trafik blog mengambil masa yang lama, tetapi percayalah jika dilakukan dengan konsisten dan yakin, insha Allah anda akan dapat pulangan juga. Dan di ABDR kami akan tunjukkan caranya. Tetapi yang lebih penting USAHA anda juga.

Jika anda ingin menulis blog tetapi kurang mahir, atau sudah mempunyai blog tetapi tak tahu bagaimana nak lengkapkan, atau yang tak tahu langsung bagaimana nak set up blog; boleh hubungi saya untuk bantu.

Anda boleh sertai kelas secara online atau offline, atau saya boleh set up kan blog untuk anda dengan sedikit bayaran.

Semoga kita terus maju dan berjaya tahun ini. Biarpun Januari hampir ke penghujung, kita takkan pernah terlambat untuk memulakan sesuatu. Yang rugi adalah yang tidak bermula langsung tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.

Renungkan.

Salam kaya dan berjaya dari saya.

=========================================================================

# Kelas Asas Blog Penulisan atau Bisnes atau kedua-duanya
# Tempahan Buat Blog
# Jadi Rakan Niaga
# Jadi Ejen Dropship

Bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hubungi:
Hifzaila Hafni
Whatsapp/SMS: 019-460 3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook Page: Mudahnya Buat Blog


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...