Memberi untuk Bahagia - Derma Banjir Pantai Timur

Teks: Hifzaila Hafni
Poster: imuslim.my

#prayforpantaitimur



Memberilah untuk bahagia.

Berterima kasihlah pada yang memberi pada kita, dan doakan si pemberi. 

Cubalah memberi. Mampu sedikit, beri sedikit. Mampu banyak atau lebih, berilah semampunya. Mungkin asbab doa orang yang menerima menjadikan kita terhindar daripada bahaya dan dijauhkan musibah.

Antara intipati Motivasi Pagi IKIM yang saya sempat dengar pagi tadi.

Berkenaan fenomena banjir besar yang melanda kebanyakan negeri Pantai Timur saat ini, banyak gerakan mengumpul dana dan bahan-bahan makanan serta pakaian dijalankan untuk menyalurkan bantuan ke sana.

Bantuan - tak kiralah wang ringgit, harta benda lain atau tenaga atau juga masa, sangat bermakna pada mereka yang dalam bencana sekarang.

Melintas di newsfeed Facebook saya semalam, ada yang update status kata kita memang derma, tapi kalau setakat puluh-puluh ringgit, cukup ke nak bantu diorang kat sana? Kalau derma ribu-ribu atau lebih barulah sesuai dengan keperluan mereka di sana yang diuji dengan pelbagai dugaan - rumah tenggelam, bekalan elektrik terputus dan macam-macam lagi.

Saya mula-mula baca status tu, tersentap juga. Maklumlah saya belum lagi jadi orang kaya yang mampu nak sumbang ribu-ribu ringgit (insha Allah suatu hari nanti), saya pun dalam golongan orang yang mampu beri semampu saya sahaja.

Jadi saya terfikir juga, perlu atau tidak menderma kalau setakat sikit-sikit?

Sampailah pagi tadi, dalam Motivasi Pagi ni yang saya dengar tadi tu, penceramahnya kata 'berilah yang mampu. Kalau mampu sedikit, bagi sedikit. Kalau mampu banyak, bagilah banyak'. Jadi kurang rasa bersalah saya nak teruskan niat.

Pada saya juga, biar bagi sedikit daripada tak bagi langsung. Atau daripada bagi banyak tapi mengungkit. Atau dah la tak bagi apa-apa, doa pun tidak. Lagi teruk kalau SUDAHLAH TAK MEMBANTU LANGSUNG TAPI DIKEJI DAN DIMAKI PULA USAHA ORANG YANG NAK MEMBANTU.

Jadi, seberapa yang kita mampu, setakat mana yang boleh seikhlasnya, kita bantulah. Share berita (kalau boleh sahih) pun membantu juga dalam penyebaran maklumat. Mana tahu akan sampai kepada pihak yang berkenaan.

Banyak saluran bantuan yang mula digerakkan, kita pilihlah yang mana kita YAKIN dan PERCAYA.

Untuk melihat badan-badan NGO atau orang perseorangan atau saluran bantuan (tabung banjir) yang mengendalikan dana atau barangan keperluan untuk mangsa banjir, boleh lihat senarai di SINI.

Sama-sama kita bantu dari segi apa jua pun. Semoga banjir akan makin surut dan cuaca makin baik. Semoga Allah melindungi semua yang terlibat dan menghapuskan dosa kita semua atas musibah ini.



=================================================================

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah juga menjalankan kutipan dana untuk membantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan. Dan bantuan dana ini akan disalurkan oleh pengasas ABDR sendiri, Puan Masayu Ahmad, yang berada di sana.

Sesiapa yang berniat untuk menyumbang, boleh dilakukan melalui guru online saya, Puan Zaila Mohamad, yang mana keluarganya juga turut terjejas akibat banjir ini. Boleh berhubung terus dengan beliau di 012-970 6828;

atau melalui saya Hifzaila di 019-460 3094.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...