8 Surah Bacaan Ketika Mengandung

Teks & Imej: Hifzaila Hafni

Setiap ibu yang mengandung, mesti nakkan yang terbaik untuk anak dalam kandungan. Saya juga macam tu.

Selain menjaga kesihatan diri, kesihatan rohani pun kena diambil perhatian juga. Maklumlah, apa saja yang si ibu lakukan sepanjang kehamilan boleh mempengaruhi anak bila sudah dilahirkan nanti.

Dulu masa mengandungkan anak pertama, alhamdulillah saya banyak masa mengaji Al-Quran sebab masa tu masih berdua dengan suami, dan saya jadi wahm 2 bulan sebelum bersalin. Kini, berbeza sedikit sebab dah bertiga dan saya bekerja sepenuh masa. Tapi amalan mengaji Al- Quran masih perlu dijadikan rutin walau sesibuk mana pun kita.

Antara surah-surah yang baik untuk diamalkan sepanjang mengandung, yang saya petik daripada buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Siti Nor Bahyah adalah:

1. Surah Al Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan anak

2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman
Untuk memperolehi anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf
Untuk memperolehi anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat
Untuk memperbanyak susu badan dan menjadikan anak seorang yang berhati-hati

6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Banyakkan membaca surah-surah ini di samping banyakkan berdoa juga.

Saya kadang-kadang pasang CD dalam kereta... dengar sambil ikut baca. Boleh biasakan anak dengar ayat Quran sejak dari dalam kandungan. Insha Allah.

Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...