10 Tips Mudah Masak untuk Suri Bekerjaya

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: freeimages.com

Untuk memasak di rumah setiap hari, bagi ibu bekerjaya, memang mencabar. Tapi bila difikirkan pahala yang dapat dan kos yang dapat dijimatkan jika makan di rumah, sekurang-kurangnya boleh dijadikan motivasi untuk terus memasak walau pun penat.

Tak perlu masak menu yang rumit, lebih mudah masak menu ringkas kegemaran keluarga dan cepat disediakan. Tapi hujung minggu mungkin boleh masak yang istimewa sikit ye.

Tapi situasi saya mungkin tak sama dengan ibu bekerjaya lain ya, terpulang kemampuan masing-masing. Keluarga saya mungkin ok dengan menu ringkas macam ayam atau ikan goreng garam kunyit dengan kuah pindang tapi saya tak tahu dengan keluarga lain. Tapi dengan lambakan resipi di majalah dan di internet, saya kira tak terlalu susah nak mencari resipi ringkas dan mudah yang lain (saya pun selalu macam ni bila dah bosan dengan ikan goreng dan pindang hehe).

Antara tips yang boleh diamalkan untuk memudahkan proses memasak di minggu bekerja:

1. Protein seperti ayam, ikan dan daging boleh dicuci bersih dan dipotong siap-siap serta disimpan mengikut saiz hidangan keluarga masing-masing. Saya simpan dalam beberapa bahagian ke dalam plastik. Jadi bila nak masak, ambil 1 plastik yang berkenaan sahaja. Bahan mentah begini tak boleh dinyah beku dan dibeku semula sebab boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria. Jadi, bahagikan siap-siap mengikut keperluan.

2. Protein tadi boleh diperap dengan garam kunyit terus. Senang nak masak nanti. Tapi mungkin ada bahagian yang tak diperap... kalau kita nak masak sup ke gulai ke.



3. Cili kisar siap-siap dengan bawang besar dan bawang putih. Untuk peminat sambal tumis - boleh buat ni, cepat siap sambal. Saya selalu nak buat ni tapi asyik tak kesampaian. Bukan apa, cili giling peket tu tak sesedap yang kita buat sendiri. Cuma bertahan je dengan cili giling peket sebab nak juga makan sambal tumis.



4. Sayur -sayuran berdaun hijau. Boleh cuci bersih dan asingkan daun dan batang dan simpan dalam peti ais. Mudah sangat nak masak. Dan sayur lebih tahan lama. Kalau bayam, lagi mudah sebab batangnya lembut, saya patahkan aje batang dengan daun, simpan dalam bekas atau plastik. Kalau sawi atau kangkung pun boleh. Asingkan batangnya.



5. Sayur-sayuran kacang seperti buncis, kacang panjang dan bendi. Memadai cuci bersih dan simpan. Jangan dipotong dahulu sebab nanti lebam. Pengalaman sayalah. Kalau sesiapa ada cara nak simpan sayur kacang yang dah dipotong tanpa lebam (atau hitam-hitam), kongsi la dengan saya ye. Nak masak cepat, potong dengan gunting je.

6. Sayur-sayuran keras seperti lobak merah boleh dipotong siap-siap dan disimpan (potongan jejari, bulat atau half moon). Kobis bunga dan brokoli boleh diceraikan floretnya. Nak masak, boleh terus ambil sahaja.



7. Cendawan tiram adalah salah satu bahan yang mudah masak dan boleh dimasukkan dalam pelbagai hidangan. Selain rasanya yang tersendiri. Selalu ada di dapur saya.

8. Sediakan satu hidangan yang ada protein dan sayuran seperti sup, tomyam, paprik atau stew. Sekali masak je.

9. Boleh cuba makanan barat atau cina. Lazimnya menu begini ringkas dan mudah. Boleh cuba pasta atau kacau goreng (selalunya menu sayur cara cina guna kaedah begini). Bahan yang guna pun tak banyak.



10. Masak hidangan segera. Bukan makanan segera ya. Maksud saya macam pek sejuk beku atau yang mudah masak seperti perencah tomyam, nasi goreng, asam pedas atau nasi arab (saya jual pek nasi arab segera - iklan jap hehe). Sekejap saja masa yang diambil untuk sediakan. Tapi kalau berkemampuan  sediakan perencah sendiri, lebih baik.

Saya pun ada masanya tapau juga, tapi tidaklah selalu. Selain dapat kurangkan kos, lebih puas hati masak sendiri untuk keluarga biar pun makanan yang simple sahaja. Kadang-kadang bila menu ikan goreng tu lah yang makan bertambah!






Untuk mendapatkan pek nasi arab segera Al Bayt, boleh lihat di sini:

atau hubungi 019 460 3094.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...