Sudah Dua!

Teks & Foto: Hifzaila Hafni


14.11.14

Daripada hidup berdua, kini dah jadi bertiga.

Daripada prinsip hidup semua perlu sempurna, kini dah jadi prinsip tutup sebelah mata.

Daripada hidup penuh masa terluang untuk diri sendiri dan suami, kini dah jadi tunggang-langgang (kadangkala).

Daripada baca Nur dan Dara, kini dah tukar kepada Pa&Ma.

Daripada tengok drama Korea, kini kalau boleh tengok berita pun dah cukup bahagia.


Begitulah bagaimana hidup saya berubah sejak kehadiran Fuaad. Dengan pantas anak bertuah ini membesar dan pelbagai cabaran dan pengalaman yang ummi abah dia belajar.

Kami belajar sabar. Belajar menerima dugaan. Belajar meresap tekanan. Belajar mengawal emosi.

Dan belajar meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga.


2 tahun, cepat sahaja. Daripada hanya susu ke nasi ayam. Daripada meniarap ke berlari. Daripada senyum-senyum ke menyanyi.

Alhamdulillah.

Ummi abah takkan sentiasa dengan kamu, tapi Allah akan.


Selamat Hari Lahir anakanda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...