Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks: Hifzaila Hafni

Dengan situasi ekonomi yang makin mencabar sekarang ni, ramai yang mula mencari jalan menambah pendapatan sampingan. Yang berkeinginan, tapi kurang atau tiada modal. Yang bermodal tapi tiada keberanian untuk mencuba. Sebenarnya sesiapa juga boleh berbisnes jika rajin meneroka dan menangkap peluang serta berani mencuba sesuatu yang baru. Kena belajar keluar daripada zon selesa.

Saya mula berbisnes awal tahun 2014, yang mana asalnya memang saya sendiri tak merancang untuk terjebak sebab mindset saya adalah 'saya tak pandai menjual dan takkan berjaya buat bisnes'. Dah tentu bukan mindset yang bagus untuk diamalkan.

Saya bermula dengan dropship, iaitu nasi arab, sambal kentang dan kurma badam/walnut semasa bulan Ramadan lepas. Saya buat dropship dengan cikgu blog saya, Puan Zaila Mohamad. Beliau memang aktif berbisnes dan saya belajar sedikit demi sedikit dengan beliau tentang konsep dropship dan alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat dan pelajari.

Bisnes dropship sebenarnya amat baik untuk mereka yang tiada modal atau hanya mempunyai modal yang minimum. Kita tak perlu simpan stok atau uruskan tentang pengeposan/penghantaran barang kepada pelanggan. Yang perlu anda buat adalah kenal dan tahu produk yang anda buat dropship, buat promosi (online /offline), uruskan pembayaran dan kumpul komisen. Tidak melibatkan sebarang modal.

Tapi sesetengah penjual mungkin mengenakan sedikit modal (kadar minimum) untuk memulakan bisnes dropship mereka; mungkin ejen dropship perlu tahu rasa atau packaging (produk makanan) sebelum menjual. Atau sebagai bayaran sampel untuk dicuba sebelum membuat promosi lanjut. Ejen dropship akan lebih yakin dan mudah menjual.

Pengalaman saya menjadi ejen dropship Nasi Arab Al-Bayt, alhamdulillah kini maju setapak menjadi ejen.

Begitulah perjalanan bisnes produk makanan saya bermula. Dan saya pasti anda juga boleh lakukannya.

Bisnes tanpa modal bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, jika anda tahu dan mahu belajar caranya.

Hifzaila Hafni
0194603094
http://hif-onlinestore.blogspot.com
Hif Online Store (Facebook page)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...