Menurunkan Panas Badan Anak

Teks: Hifzaila Hafni


Hari ini, alhamdulillah Fuaad dah beransur sihat. Panas di bahagian kepala dan leher dah berkurang, tinggal batuk sahaja lagi, itu pun hanya di waktu malam. Kesian terganggu tidur dia.

Hasil pengorbanan suami saya EL dan menjelum kepala Fuaad selang beberapa jam, agaknya antara faktor yang membantu dia makin pulih. Saya hanya mampu EL sehari sahaja (ini bab semua ibu bekerjaya tak suka) dan Sabtu pula terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya sebab saya ada training Shaklee yang dah lama saya nak pegi. Berat hati juga tapi saya anggap itu salah satu pengorbanan untuk membaiki kehidupan kami sekeluarga di masa depan.

Bila anak kurang sihat, memang akan meragam. Macam Fuaad, benda kecik pun dia cepat naik marah. Ada masa tak nak kawan pun dengan saya, semua nak abah. Nak abah dukung, nak abah suap makan, nak abah suap minum. Sepanjang 2-3 hari dia tak bermaya, susah betul nak dengar suara. Tanya apa pun, geleng kepala saja atau cakap 'nanak'. Basikal dan kereta mainan dia pun tak berusik. Dia hanya baring dan tengok Pocoyo.

Cara menurunkan panas badan anak:

1. Cuba bagi air cap kaki tiga (air badak). Tapi tak bagi direct, dicampur dalam air masak dia. Itu pun hanya sukatan kecil sahaja (3 penutup untuk 300 ml air).

2. Jelum kepala dengan air asam jawa. Malam sewaktu tidur, letak tuala rendam air asam jawa tu atas dahi dia.

3. Masak sup dengan banyak bawang putih. Sup sayur sebenarnya tapi dilebihkan bawang putih. Alhamdulillah Fuaad makan banyak. Minum sup pun ok, asalkan ada cecair yang masuk dalam badan selain minum air masak.

4. Pakaikan stokin semasa tidur malam. Takut malam dia kesejukan sangat pulak. Kipas kuat, hujan pulak musim sekarang.

5. Bagi apa sahaja yang anak teringin nak makan - asalkan dia makan. Fuaad hari tu dibagi karipap (favourite), nata de coco, biskut.

6. Standby ubat demam / ubat punggung - takut suhu badan anak naik mendadak. Sekurang-kurangnya dapat bertahan sebelum tindakan selanjutnya (bawak ke hospital).

7. Sentiasa periksa suhu badan anak dengan termometer. Suhu badan normal antara 36-37.2 C. Lebih daripada 37.2 C (demam sedikit) dan mencecah 38 C, perlu rujuk anak ke hospital. Suhu yang terlalu tinggi boleh pengaruhi otak. Jadi ambil perhatian terutamanya bagi anak yang di bawah 2 tahun.



8. Lap badan / mandikan anak dengan air yang suam-suam kuku (jangan terlalu sejuk). Saya tak basahkan kepala (ikut petua orang tua). Selalu lapkan badan pun boleh bagi turun suhu.

9. Pakaikan anak dengan pakaian yang jarang atau lubang-lubang dan longgar. Biar anak selesa. Kami siap berkampung di ruang tamu sebab pengudaraan lebih baik. Siap ada tambahan kipas, untuk elak anak rasa panas.

10. Jangan marah atau paksa anak makan atau minum. Tapi ubat memang kena paksa sikit, kalau tak memang dia takkan makan. Masa ni, anak memang akan crancky, dan cuba offer makanan lain. Atau selang setengah jam, offer semula (untuk minum air). Makanan pula, boleh cuba yang lembut dan berkuah seperti bubur dan sup. Fuaad nak makan nasi dengan sup dan telur hancur. Semalam dah sihat sihat sikit, makan juga nasi dengan ayam paprik. Alhamdulillah.

Bila panas dah berkurang, kini tinggal batuk dan bersin sikit, saya bagi dia Nutriferon Shaklee. Untuk bagi kuat imun. Seminggu sekali sahaja. Suku sachet je untuk kanak-kanak.

Alhamdulillah, dia memang minum Nutriferon ni, tak banyak songeh sebab rasa macam teh bunga.

Semoga anak-anak kita sihat selalu dan dihindarkan daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

=========================================================================

Berminat memulakan blog; atau ingin menjana pendapatan secara online?

Maklumat lanjut, hubungi:

Hifzaila Hafni
019-4603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...