Restoran Ole Ole Bali, Sunway Pyramid


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Sabtu lepas, selepas 'membeli-belah' di HO Shaklee berdekatan Sunway Pyramid,  suami cadangkan kami makan tengahari di sini sahaja. 

Kami pilih untuk makan di Restoran Ole Ole Bali. Restoran berkonsepkan makanan Bali berdasarkan pada namanya.

Satu menu yang perlu order, menu yang ada nasi sebab anak bujang dah memang minta nasi. Abahnya order menu ala pecal/ gado-gado namanya Tipat Cantuk. Untuk saya dan Fuaad, Nasi Campur. Tapi bukan sebarang nasi campur... banyak betul lauknya! Satu lagi menu - Chicken Strip. Air, saya order jus epal dan suami order honeydew mint.


Gambar atas: Nasi Campur. 
Ada nasi putih, ikan, sotong dan udang gril, 2 jenis sambal, sayur kangkung tumis, rempeyek, sate lilit dan rendang daging. Harga ~ RM38.

Gambar bawah: Chicken Strip. 
Isi ayam disaluti tepung rangup. Dihidang bersama kiub kentang goreng dengan sos cendawan-lada hitam. Memang sedap. Harga ~ RM18

Alhamdulillah puas hati makan di sini. Sedap dan mengenyangkan. Servis pun cepat mungkin ketika kami datang, pelanggan belum ramai lagi. 

Satu yang istimewa tentang nasi putihnya ditabur bawang goreng buatan sendiri dan diletak dan dihidang atas daun pisang. Aroma yang wangi dari daun pisang membangkitkan selera. 

Kalau ada rezeki akan datang ke sini lagi, nak cuba Pisang Bakar dan Soto Ayam pula. 

Sesekali nak ubah selera, boleh la cuba datang  Ole Ole Bali ni. 

Sekian kisah jjcm saya hujung minggu lepas. Hehe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...