Menghadapi Kos Sara Hidup yang Meningkat

Teks: Hifzaila Hafni

Di saat semua orang merasa marah dan terbeban dengan pengurangan subsidi minyak dan pelaksanaan GST tahun depan, saya pun tak terkecuali. Tapi nak kata marah sangat tu, tidaklah. Dengan marah-marah pun, kita tetap kena telan kos yang perlu ditanggung. Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk berjimat secara optimum dan meningkatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan. Kehendak? Dah lama diabaikan. Kos hidup sekarang ni, cukup untuk tampung keperluan sahaja, yang kehendak tu kalau nak, kenalah berusaha lebih sikit.

Saya pun bukanlah berasal daripada keluarga yang senang pun. Arwah mak meninggalkan saya masa saya 12 tahun, dan sejak itu ayah saya menjaga kami saya dan adik saya seadanya berdasarkan kemampuannya. Kami juga pernah merasai tempoh-tempoh sempit dan sesak tapi ayah saya tak pernah putus asa atau merungut depan kami. Kami tak ada kereta (ada tapi agak uzur) dan pengangkutan utama adalah pengangkutan awam. Makan seadanya. Alhamdulillah masih cukup.

Saya pun bukan layak nak kata yang semua orang perlu berjimat dan berbelanja mengikut kemampuan sedangkan saya sendiri pun masih lagi merasai sesaknya hidup di tengah bulan. Tapi, alhamdulillah dengan bisnes kecil-kecil yang saya buat, dapatlah juga menampung belanja kami seharian. Dan masih lagi perlu berjimat. Kurangkan makan di luar, menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah dan sedang dalam perancangan untuk tamatkan Astro. Kita cut cost mana yang patut. Dan tingkatkan pendapatan.

Selain tu, kena juga memperbaik hubungan dengan Allah. Sebab Allah yang bagi rezeki. Dah banyak orang kongsi amalan menjemput rezeki cuma kita nak amalkan atau tidak sahaja. Tapi satu yang pasti, Allah bagi dugaan macam ni kat kita semua untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Minta dengan Dia, doa banyak-banyak. Dan yang paling penting kena jaga solat. Saya pun terkadang terlalai. Terlalu ikutkan sangat perasaan malas dan tuntutan kerja lain yang kononnya lebih penting daripada panggilan Tuhan. Itu yang utama untuk diperbetulkan dahulu.

Walau apapun lagi cabaran akan datang, kita tetap kena hadapi dan menerima dengan hati terbuka sambil berusaha mencari jalan penyelesaian. Doa pada Allah cukupkan rezeki yang ada dan pada masa yang sama berusaha mencari lebih lagi. Insya Allah dimudahkan rezeki dan urusan. Yakin pada Allah.

=================================

Pakej Mampu Milik Kedai Online
☆ Miliki kedai online sendiri (blog bisnes dan Facebook page)
☆ Berbisnes produk sendiri atau produk sunnah; digital dan fizikal
☆ Bergabung dengan jaringan 860 blog untuk pasaran lebih luas

Hubungi saya untuk penerangan lanjut.
Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Sent from Blogger for Android

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...