Jeruk Mangga Asam Boi

Akhirnya berjaya buat sendiri jeruk mangga yang trending sangat di FB. Caranya mudah sangat cuma kadang-kadang tak terbuat. Tapi saya memang 'hantu' mangga sebulan dua ni. Jadi memang harus saya cuba buat jeruk mangga ni.

Semalam ke Hero Market (pilihan buah banyak di sini), dan memang teruja nampak banyak lagi mangga lemak. Sebenarnya elok guna mangga muda tapi saya saja nak cuba dengan mangga lemak, kurang masam sikit. Walaupun buat jeruk, saya tak suka jeruk yang terlalu masam. Maka, beli lah 3 biji.

Kemudian cili padi dan asam boi. Suami cadangkan tambah sikit asam betik, mana tahu sedap. Jadi jeruk mangga saya ada asam boi dan asam betik. Sedap juga.

Jeruk buah sebegini boleh dipelbagaikan lagi. Ada yang letak belacan bakar (resipi kawan saya). Boleh juga tukar buah lain seperti jambu batu atau kedondong.

Meh saya kongsikan jeruk mangga versi saya.

Bahan:

3 biji mangga lemak
1 peket kecil asam boi masam manis
1 peket kecil asam betik
Garam
Gula
3 batang cili padi

Cara buat:

1. Hiris mangga panjang-panjang. Cuci dan tos.
2. Dalam satu bekas atau besen, masukkan mangga. Taburkan gula dan garam serta cili padi yang dah dipotong.
3. Taburkan asam. Gaulkan kesemuanya.
4. Masukkan ke dalam balang/bekas.
5. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

Yang mengidam tu, jangan lupa cuba :)

================================

Tempahan buat blog bisnes atau belajar buat blog bisnes sendiri; kini dengan pakej mampu milik.

Maklumat lanjut, hubungi:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...