Buku Resipi dan Panduan Pemakanan untuk Anak

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Bila anak dah mencecah 6 bulan, mulalah si ibu mencari resipi menu awal yang sesuai untuk anak memulakan makanan pelengkap - makanan pejal. Jangan terlalu teruja memberikan apa saja makanan kerana perut bayi di usia itu belum cukup matang lagi. Jadi ibu perlu berhati-hati dan mulakan dengan perlahan-lahan bertujuan untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal - makanan baru selepas susu ibu.

Sebagai permulaan, di hari-hari pertama selepas anak mencecah 6 bulan, makanan yang baik diperkenalkan adalah puri. Puri buah atau puri sayuran. Tujuan pemberian makanan pejal pada waktu ini lebih kepada memperkenalkan dan membiasakan, bukan untuk mengenyangkan anak. Jadi jangan paksa anak makan. Dan tak perlu juga risau jika anak menolak. Anak kita baru nak belajar dan kita perlu bersedia dengan penolakan. Pemberian makanan juga tak perlu banyak dan kerap. Bermula dengan sekali sehari, 2 kali sehari. Ketika ini anak masih lagi bergantung kepada susu untuk tumbesarannya, makanan pejal sebagai pelengkap kepada nutrien yang terkandung dalam susu.

Saya dulu juga terumbang-ambing dan serba salah nak beri anak makan apa di permulaan hari-harinya. Yang pasti saya memang buat silap dan kesian anak saya ketika itu. Mungkin akibat tak cukup ilmu, kita kadangkala bertindak mengikut cakap orang lain sedangkan cara itu mungkin tak sesuai atau sebenarnya tidak boleh. Tapi saya anggap itu sebagai pengajaran dan saya mula membaca buku-buku resipi menu anak dan buat yang terbaik untuk anak saya.

Antara penulis buku pemakanan kanak-kanak yang saya suka ialah Annabel Karmel. Alhamdulillah dapat senaskhah buku beliau ketika di Pesta Buku. Saya beli buku 'What To Feed When..'. Tapi kebanyakan menu beliau tentu lah yang Western.. jadi kita sesuaikan lah ikut citarasa kita. Selain tu, saya beli juga buku Wardina Safiyyah. Resipi dalam bukunya taklah banyak, tapi info tentang pemakanan anak banyak dalam buku ni. Tajuk buku, Mama, Saya Lapar... Satu lagi buku yang saya ingin dapatkan, adalah kompilasi 300++ Resipi & Panduan Lengkap Pemakanan Anak terbitan Karangkraf. Nampak ada dijual secara online di Karangkraf Mall. Biarpun anak saya dah hampir 2 tahun, tapi saya tetap juga teruja nak tarik minatnya untuk makan. Makan lebih sikit pun tak apa. Anak saya tu selim melim orangnya!







Selain buku-buku, boleh juga dapat ilham melalui majalah. Lebih senang sekarang Google sahaja. Cuma kena pastikan makanan tersebut sesuai dengan usia anak kita. Biar cerewet sedikit daripada anak kita sakit di masa depan. Jangan menurut saja apa yang orang biasa buat, kadangkala amalan begitu tak sesuai atau tak berapa betul. Sebagai ibu, kita berhak menentukan makanan yang terbaik untuk anak kita. Dan jangan lupa amalkan 4 Days Rule - uji sesuatu makanan baru selama 4 hari pada anak untuk melihat sama ada anak alergik kepada makanan tersebut atau tidak sebelum kita teruskan bagi anak makan.

Selamat bereksperimen dengan menu baru dan selamat memasak untuk anak!

=========================================================================
Kelas Asas Blog & Fanpage (Blog Bisnes)
DAN
Kelas Asas Blog Penulisan
[Dua kelas serentak]

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun.

Kelas secara online atau offline.

Bonus 4 ebook.

Keahlian automatik Akademi Bekerja Di Rumah.

Boleh mendaftar bila-bila masa sudah sedia.


Hubungi saya untuk mendaftar / menyertai kelas:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni
Fanpage: Tip Bisnes Online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...