Resipi Bihun Goreng Putih / Bihun Singapore

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Selalunya hujung minggu sajalah saya ada masa nak masak di rumah. Hari bekerja, boleh nak masak tapi lepas tu saya akan jadi sangat penat. Dan anak dah jadi sangat lapar tunggu saya siap masak. Jadi, hujung minggu kalau tak ke mana-mana, kami selesa makan di rumah saja.

Ahad lepas, saya masak bihun goreng putih dan cendawan goreng. 

Cendawan goreng rangup ni saya memang dah lama berniat nak buat lepas tengok resipinya yang mudah sangat dalam majalah. Bihun goreng pulak memang kegemaran saya sejak akhir-akhir ni. Apa saja jenis bihun; bihun goreng atau sup memang sedap sangat saya rasa. Dan bihun goreng putih ni memang selalu buat sebab mudah, bahan pun tak perlu banyak. Selalu bawak balik rumah mak kalau adik-beradik buat pot luck. Kadang-kadang adik-adik request suruh masakkan. Sedap la kot kan. Hehe.

Kalau nak cuba bihun goreng putih, atau ada yang panggil bihun singapore ye; ni resipinya ya. Anak pun boleh makan sebab tak pedas pun. Tapi Fuaad jenis yang makan pedas tau. Jadi saya lebihkan lada hitam sikit. Dalam resipi saya guna serbuk lada hitam je. Tapi nak lagi sedap, guna lada hitam biji dan tumbuk. Lagi original rasanya.

Resipi Bihun Goreng Putih

Bahan-bahan:
3 keping kecil bihun
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar Holland 
3/4 genggam ikan bilis 
5-6 ekor udang sederhana
1/2 batang carrot sederhana
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu teh garam bukit
Minyak untuk menumis

Cara masak:
1. Rendam bihun seketika dengan air biasa. Jangan guna air panas nanti bihun lembik.
2. Kisar bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
3. Carrot dipotong julienne halus mudah nak bagi anak makan.
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
5. Masukkan udang. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air.
6. Masukkan garam dan lada hitam.
7. Masukkan bihun. Kacau rata. Masukkan carrot.
8. Goreng hingga bihun masak (hampir kering) dan carrot layu.
9. Siap untuk dihidang.

Boleh dihias dengan bawang goreng dan daun sup dan cili kicap. Atau telur hancur. Saya tak ada semua tu kali ni, cuma diiringi timun jepun. Sedapppp!


Resipi cendawan goreng saya kongsikan nanti ya.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...