Peluang Mula Bisnes Sarapan

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Peribadi

Pagi ini, singgah isi minyak di stesen minyak Petron. Saya suka isi minyak ni sebab saya rasa minyaknya lebih jimat dan kereta saya cepat pick up. Tak tahulah kalau kereta anda ya. Dan satu lagi faktor saya suka singgah di sini, sebab tak ramai sangat orang serta kedainya ada macam-macam sarapan dijual. Yang penting, harga sarapan di situ tak semahal di stesen minyak lain, pada pandangan saya. Masih sesuai dan berbaloi. Banyak pilihan juga. Satu lagi faktor, tandasnya agak bersih juga.

Saya dapat lihat pelbagai pilihan sarapan dijual di sini. Ada nasi lemak bungkus daun pisang, nasi lemak rendang/kerang/telur dalam bekas, mihun goreng, kuih-muih, nasi goreng, sosej, burger, oblong dan karipap besar.  Saya beli nasi lemak daun pisang dan burger ayam Ramly. Burger dah selamat makan dalam perjalanan. Alhamdulillah. Menarik juga burger sebagai sarapan sebagaimana yang selalu dipromosi oleh McDonald's. Kita boleh buat burger biasa saja (sebagai alternatif). Mudah orang bekerja nak makan. Dan saya antaranya.

Potensi bisnes sarapan memang luas. Kalau dulu hanya di kedai atau tepi jalan, kini boleh tumpang di stesen minyak. Yang penting sedap dan dijual pada harga yang berpatutan.

Bisnes begini boleh juga dijalankan di rumah. Jadi ini merupakan suatu peluang suri yang bekerja di rumah untuk meneroka peluang berbisnes sarapan atau meletakkan produk yang sesuai di stesen minyak seterusnya menjana wang hanya dari rumah.

Kalau nak tahu apa lagi bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah, boleh didapati dalam ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Ebook ini bernilai RM50 dan PERCUMA jika mendaftar Kelas Asas Blog & Fanpage Bisnes.

Untuk pendaftaran atau pertanyaan kelas blog online untuk memulakan bisnes, boleh melalui saya:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
PM/Whatsapp 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Blog: www.hifzaila.blogspot.com
Blog bisnes: www.hif-onlinestore.blogspot.com
Facebook page & Instagram: Hif Online Store


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...