Mahu Berhenti Kerja untuk Berniaga...Nanti Dulu oleh Puan Azura Abdullah

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah
Saya terima banyak nota dilema mahu berhenti kerja dan mahu berniaga atas pelbagai sebab. Nanti dulu…mari kita periksa samada anda ada elemen-elemen di bawah atau tidak. Beberapa perkara yang anda perlu sedar dan fikir dahulu sebelum berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa:
> Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu berniaga untuk lebih gembira. Berniaga belum tentu gembira. Apa-apa pekerjaan pun diri sendiri yang memainkan peranan untuk menentukan gembira atau tidak. Gembira itu selalunya datang dari rumah. Pengurusan rumahtangga yang baik akan menghasilkan emosi yang baik dan aura ini yang diperlukan di kala berniaga. Buat apa pekerjaan pun jika kita gembira hasilnya pasti mengagumkan tidak kira bekerja bermajikan atau bekerja sendiri.
> Tidak cukup duit dan mahu berniaga untuk selesaikan masalah duit. Samada bekerja atau berniaga perkara utama ialah kemampuan mengurus duit. Berniaga tidak akan menyelesaikan hal duit jika anda tidak mampu mengurusnya. Salah langkah anda akan tersasar lebih jauh dalam kancah duit.
> Mahu berniaga kerana mahu bayar hutang keliling pinggang. Jika waktu bekerja anda sudah berhutang keliling pinggang, ini bermakna anda berbelanja melebihi kemampuan dan tidak mampu mengurus wang dengan baik. Jika berniaga, wang peribadi dan wang perniagaan tidak boleh dicampur adukkan sama sekali. Sekali lagi skil urus wang dan displin diri yang tinggi memainkan peranan yang amat penting.
> Mahu banyak masa bersama keluarga dengan berniaga. Anda pergi ke mana pun anda tetap mendapat masa 24 jam sahaja, tidak lebih tidak kurang dari orang lain. Bagaimana anda mengurus masa anda itu lah kunci utama. Bekerja sendiri memerlukan pengorbanan dan displin yang tinggi. Anda tidak akan ada lebihan masa dari orang lain dengan berniaga tetapi anda mewah masa melalui fleksibiliti yang anda dapat dengan kecekapan pengurusan masa serta displin yang betul.
> Pilih perniagaan yang kita tahu lakukan sendiri, bukan perniagaan yang syok sendiri. Bukan kerana kawan buat anda pun mahu buat. Jika tidak kebergantungan anda kepada orang lain adalah sangat tinggi. Contohnya anda mahu buka gerai char kuey teow tapi anda langsung tidak tahu memasak. Satu hari tukang masak anda lari, makanya tutuplah gerai anda berhari-hari hingga anda dapat tukang masak baru. Pelanggan pun tawar hati kerana gerai anda sekejap buka sekejap tutup.
> Mulakan dengan kos paling minima (lean) dan elakkan membuat pinjaman. Tidak perlu bermula dengan skala besar hingga memaksa anda membuat pinjaman. Main dahulu di padang bisnes yang mahu anda ceburi pada skala kecil. Faham dulu sepak terajang dunia bisnes yang anda ceburi. Buat jualan buat untung dahulu dan kemudian baru fikirkan perihal membesarkan bisnes.
Kesimpulannya dan kunci utama dari 6 perkara di atas ialah ANDA. Anda perlu betulkan semula niat mahu terjebak di dalam bisnes dan kenapa mahu memulakan perniagaan. Jika ke enam-enam perkara di atas masih bengkang-bengkok bermakna anda belum bersedia untuk berniaga kerana anda masih belum dapat mengURUSkan DIRI SENDIRI. Berniaga perlu didorong oleh minat yang mendalam. Anda perlu mahu berniaga kerana anda suka berniaga. Walaupun anda tahu usaha dan masa yang perlu anda laburkan akan menjadi berkali-kali ganda lebih dari bekerja makan gaji tetapi anda tetap gembira dan gembira dengan apa yang anda lakukan iaitu berniaga. Ini dinamakan “passion”. Jika anda ada ini anda akan kalis segala perkara negatif sebaliknya akan melihat ianya sebagai peluang.
Salam kasih sayang dari saya!
Azura Abdullah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah pandangan Puan Azura Abdullah, penulis ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri yang juga salah seorang guru online di Akademi Bekerja Di Rumah; berkenaan dilema kebanyakan kita yang berniat mahu berhenti kerja (atas apa jua alasan) dan ingin berniaga.
Saya terpaksa bersetuju dengan beliau bila mana kita perlu pandai menguruskan DIRI SENDIRI dahulu. Kadangkala kita mungkin terlalu mengikut perasaan atau bersikap terburu-buru tapi kita juga perlu menimbangtara pelbagai aspek sebelum betul-betul membuat keputusan sebegitu. 
Kini dengan pelbagai perkongsian maklumat dan pengalaman, kita seharusnya lebih berhati-hati dan perlu ada back-up plan. Berniaga zaman kini sudah tidak sama dengan zaman dulu. Mungkin sesetengah amalan yang dilakukan orang berniaga dulu sesuai pada zaman itu, tapi tidak lagi di zaman ini. Jadi, perlu banyak membaca dan melabur menuntut ilmu berniaga daripada mentor dan yang lebih pakar.
Sekadar pendapat 20 sen saya.
Hifzaila Hafni
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ebook yang baik untuk dibaca jika anda bercita-cita untuk berniaga dari rumah dan menguruskan rumah tangga dengan efisien. 
Kedua-dua ebook hanya RM50 sahaja (harga asal RM75).
Hubungi untuk mendapatkan naskhah anda:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook page: Tip Bisnes Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...