Dia Pakai Prada? Kita Pakai Chanel.

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Dalam hidup kita sehari-hari, mesti tak lepas daripada berhadapan dengan orang yang kita kurang gemar atau yang bersikap sangatlah menjengkelkan.

Apa kita akan buat bila kita terpaksa menghadapi orang sebegini saban hari? Adakah kita mengalah atau 'membalas dendam' dengan melakukan yang lebih baik lagi?

Semalam, saya habiskan masa dengan anak dan suami menonton 'The Devil Wears Prada'. Ok, anak saya taklah menonton, dia sambil-sambil main. Filem ni, kegemaran suami saya sebab katanya setiap kali tengok dia akan 'refresh' cara untuk tangani dan kawal emosi dan perasaan bila berhadapan dengan situasi atau orang yang sukar dalam hidup kita - tapi dengan cara yang terhormat dan berhemah. Bukan dengan membalas apa yang dilakukan pada kita, tetapi lakukan yang lebih baik daripada apa yang dijangkakan.

Bunyinya sukar, dan menuntut kesabaran dan ketahanan yang tinggi. Benar, dalam filem ini, betapa Andy (dilakonkan oleh Anne Hathaway) kerapkali mengecewakan kawan-kawannya dan keluarganya dek tuntutan kerja yang melampau mengikut arahan bosnya, Miranda (lakonan Meryl Streep).

Dahlah teruk dimaki hamun, bukan tak dikutuk, bahkan macam-macam terpaksa dia hadapi. Tapi, apa yang kita boleh belajar dan ambil iktibar -- bagaimana Andy berubah menjadi lebih baik dan mengubah penampilan (sebab beliau dalam industri fesyen perlu menjaga penampilan) dan dalam masa yang sama cuba kuatkan hati dan semangat dengan mencabar diri melakukan semua tugasan yang diberikan dan tidak membiarkan sikap bosnya yang angkuh tu menjatuhkan dirinya dan membuatkannya mengalah.

Haa. Saya memang kagum dengan sikap macam ni dan saya berharap dapat sedikit tempias pun tak apa.

Nak tahu lanjut, boleh beli DVD dan tonton ya. Sangat memberi inspirasi.



Satu lagi filem kesukaan saya, The Pursuit of Happyness.

Lakonan mantap Will Smith, berdasarkan kisah benar seorang stock broker, Chris Gardner. Bagaimana Chris mengendali hidup gelandangan, tidak berumah, miskin, isteri lari sebelum berjaya dalam bidangnya.

Saya belajar maksud ketahanan dan kesabaran, serta menggunakan segala sumber yang ada walaupun minimum. Hidup dengan sumber yang ada, dan bersyukur dengan itu.

Chris adalah jurujual mesin imbas ketumpatan tulang. Dia bergerak dari satu hospital /klinik untuk menjual mesin tersebut dan memang sukar nak yakinkan doktor untuk membeli. Selain pengetahuan luas tentang produk dia (mesin tersebut), dia juga tahu membaiki komponen yang rosak pada mesin tersebut. Kalau kita menjual pun, kena lah ada ilmu tentang produk yang kita jual ye. Kalau tak, macamana nak yakinkan orang untuk membeli. Ini memang iktibar dan panduan yang sangat baik untuk saya. Walaupun bisnes kecil tapi yang besar selalunya bermula dengan kecil, kan.

Berbalik kepada Chris. Dia terus berusaha nak habiskan stok 1 lagi mesin tapi masih tak berjaya. Dalam pada itu, hidupnya terhimpit dengan masalah kewangan, isteri yang dah tak tahan lagi hidup begitu, dan perlu menanggung seorang anak. Akhirnya hidup sebagai gelandangan, berebut dengan gelandangan lain untuk mendapatkan bilik berteduh. Pernah tidur dalam tandas. Sampailah dia berjaya menjadi perantis satu syarikat besar; yang bukan mudah dia nak dapat peluang tu. Ada lagi perjalanan sukar dia sebelum mencapai kejayaan tu, tapi cukuplah saya kongsi yang di atas ini.

Macam biasa, sila cari DVD untuk tahu cerita keseluruhannya. Moral yang sangat baik untuk direnung dan diambil pengajaran.




Nak kekal bermotivasi, motivasi perlu dicari. Tak cukup buku, dengar ceramah, tengok video atau dengar lagu yang mampu beri inspirasi. Atau tonton filem. Jangan asyik baca blog gossip aje ye. Ops.

Selamat Hari Malaysia!

=====================================================================

>> Pendaftaran kelas blog dibuka setiap hari. Boleh pilih nak belajar secara offline (face to face) atau online.

>> Peluang menjadi Rakan Niaga / Pengurus Online ABDR juga dibuka pendaftaran sekarang.

Hifzaila Hafni
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...