Curi Masa untuk Diri

Teks: Hifzaila Hafni

Saya perasan sejak beranak kecil ni, susah benar nak cari masa ke kedai gunting rambut atau salun. Kalau masa bujang dulu, kerap juga. Bukan setakat gunting, saya suka cuci sekali. Dan saya kalau dah berkenan ke satu salun tu, ke salun tu saja saya tuju. Sebab saya rasa selesa dengan servis dan premisnya.

Orang berniaga salun macam tulah kan. Boleh ada salun yang tawarkan produk yang mahal atau premis yang hebat tapi pelanggan akan kembali lagi jika servis memuaskan hati, biarpun murah atau guna produk yang biasa saja.

Pengalaman saya ke satu salun di Seksyen 18 Shah Alam - memang selesa. Sebab salun tu hanya untuk wanita sahaja. Dan saya suka cara kakak salun tu gunting rambut saya, kena dengan gaya yang saya inginkan. Selepas kakak salun ambil pekerja pun servis masih sama. Dan yang paling saya kagum pekerjanya tu pekak dan bisu tapi masih faham apa yang pelanggan inginkan. Dan selepas tu pun kerap juga saya pergi. Setakat ini, itulah satu-satunya salun yang saya suka.

Pernah juga cuba salun lain, nampak gah premisnya. Bayaran pun lebih sikitlah. Saja mencuba. Cik abang suruh, kita ikutkan saja. Tapi malangnya saya kurang berkenan dengan cara potongannya. Dan saya rasa saya dah taknak pergi salun tu.

Kadang-kadang bab gunting rambut ni perlu ada jiwa juga pada tukang guntingnya, saya rasa.
Alahai rindu nak potong, cuci dan blow rambut. Rasa tak terurus sungguh rambut ni. Sesekali nak jugak diurut kepala dan relaks. Saya sampaikan pernah terlelap semasa rambut dicuci!

Ibu-ibu ni kadangkala perlu juga luangkan masa untuk diri sendiri. Walaupun ada masa saya rasa baik suami je potongkan rambut dek tak sempat curi masa ke salun tapi dia sendiri yang kata baik pergi je ke salun. Harapnya sempat dalam bulan ni. Rimas sangat dah dengan rambut ni.

Kalau sesiapa nak cadangkan salun yang selesa dan beri servis yang bagus sekitar Shah Alam, kongsi-kongsilah ya.

=================================================================
Kelas Asas Blog Penulisan / Bisnes secara Online dibuka pendaftaran setiap hari.

Akademi Bekerja Di Rumah mengalu-alukan suri sekalian bergabung dengan hampir 830 blog dalam akademi ini.

Untuk info lanjut, hubungi:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
SMS/Whatsapp: 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Blog: www.hifzaila.blogspot.com
Facebook page: Tip Bisnes Online
Facebook page & Instagram: Hif Online Store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...