Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Online oleh Zaila Mohamad


Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Online


Teks : Zaila Mohamad (daripada blog Zaila Mohamad).
Assalamualaikum,
Ramai yang bertanya saya bagaimana mahu bermula untuk berniaga online? Apabila menyebut perkataan “online” secara langsung akan terlintas di fikiran saya komputer dan poslaju. Jika dahulu begitulah, ramai peniaga yang mempromosikan barangan di dalam blog mahupun laman web dan selepas selesai urusan jual beli, barang akan dihantar menggunakan khidmat Poslaju.
Tapi kini, ada banyak sangat cara dan saluran untuk menjual secara online. Selain blog, facebook, fanpage, Instagram, Mudah.my, Lelong dan banyak lagi laman pengiklanan yang percuma mahupun berbayar. Syarikat penghantaran juga semakin bertambah dimana kita boleh memilih pelbagai khidmat seperti Citylink, Skynet, Gdex dan macam-macam lagi bergantung kepada harga dan servis yang diberikan.
Tapi semestinya untuk memulakan perniagaan online perkara penting yang harus ada adalah gadget seperti sebuah komputer dan talian internet. Selain itu, bagi yang berkemampuan boleh sahaja membelli telefon pintar yang sekarang ini mempunyai pelbagai fungsi yang bagus sama seperti memiliki sebuah komputer peribadi juga. Kali ini saya ingin menyebut tentang internet. Di Malaysia terdapat pelbagai servis talian internet yang disediakan oleh syarikat seperti Celcom, Maxis, Unifi, Telekom Malaysia, Digi, Astro, P1 dan pelbagai lagi.
Langkah pertama yang perlu dipertimbangkan adalah dengan memilih perkhidmatan internet yang sesuai dengan peruntukan kewangan anda. Saya dulu bermula dengan menggunakan perkhidmatan broadband Maxis yang berharga RM68 setiap bulan dan kini saya telah menaiktaraf jumlah penggunaan data dengan kadar bayaran sebanyak RM98 sebulan. Bagi peniaga online, sudah semestinya kita memerlukan data internet yang besar dan laju demi untuk memudahkan segala urusan. Setakat ini saya cukup berpuas hati dengan khidmat broadband Maxis kerana internetnya laju di rumah mahupun di kampung saya. Salah satu kelebihan broadband juga adalah ianya mudah untuk di bawa ke mana-mana bersama dengan kita.
Pendek kata, lakukan ulangkaji dengan bertanya dan membuat perbandingan harga sebelum membelinya. Peniaga online boleh dikatakan wajib mempunyai talian internet yang laju kerana di sinilah segalanya bermula. Untuk memuat turun gambar mahupun membuka email untuk berinteraksi dengan pelanggan, kita memerlukan talian internet. Kedai online juga boleh berurusan 24 jam sehari kerana tiada had masa mahupun kekangan dalam berniaga online.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin menjadi rakan niaga produk digital atau berbisnes dropship dengan Akademi Bekerja Di Rumah >> http://hifzaila.blogspot.com/p/rakan-niaga-abdr_8.html

Ingin mendapatkan pek mudah masak Nasi Arab Al-Bayt >> http://hif-onlinestore.blogspot.com

Ingin membuat tempahan servis bina blog bisnes dan fanpage >> http://hifzaila.blogspot.com/p/tempahan-blog-bisnes.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...