Apa Itu Dropship? oleh Puan Zefa Nor Asmara

Teks: Hifzaila Hafni

Ramai yang tidak tahu atau keliru tentang konsep dropship. Sebenarnya bisnes dropship sangat bagus untuk orang yang mahu mula berbisnes tetapi kekurangan modal. Juga sesuai untuk yang baru hendak mula berbisnes dan menjana pendapatan sampingan di samping belajar selok-belok bisnes. 

Bisnes dropship lazimnya dijalankan secara online sahaja. Jadi, perkara penting yang harus ada sebelum memulakan bisnes ini adalah gajet seperti laptop atau telefon pintar beserta talian internet.

Ramai juga usahawan online yang bermula dengan bisnes dropship seterusnya mampu menyimpan modal dan menjadi dropshipper pula. 

Ikuti dengan lebih lanjut penerangan tentang konsep dropship melalui perkongsian cerita mudah oleh rakan ABDR, Puan Zefa Nor Asmara.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Itu Dropship?

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir (http://zefanorasmara.blogspot.com/)

Foto: Carian Google

Tahun ini masuk hampir tahun ketiga saya benar-benar serius dengan bisnes online. Bermula dengan dropship, kemudian modal kecil-kecilan, dan kini alhamdulillah mampu mempunyai stok sendiri dengan rangkaian dan jaringan rakan bisnes di bawah saya.

Walaubagaimanapun, hingga kini masih ada juga barang yang saya jual yang berkonsepkan dropship. Ini kerana konsep dropship ini mudah, kurang risiko dan menguntungkan.

Apa itu dropship?

Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Apa itu dropship?

Untuk memudahkan pemahaman, saya akan jelaskan apa itu dropship dalam bentuk penceritaan beserta soalan dan jawapan.

Kisah Salmah dan Sistem Dropship

Salmah mahu berniaga, tetapi dia tidak mempunyai modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalahdroshipper dan Salmah adalah reseller.
Bagaimana Salmah menjual?

Salmah akan diberikan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. Selepas itu Salmah perlu mula mempromosi di blog, di FB, promosi pada jiran-jiran, promosi pada kawan sekerja, dan lain-lain cara mengikut kreativiti Salmah.

Sekiranya ada pelanggan (buyer) yang mahu membeli barang tersebut, Salmah akan mengambil pesanan dan bayaran. Selepas itu Salmah beri pula maklumat tempahan kepada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Adakah dropship dikenakan yuran?
Ini bergantung kepada syarikat yang mengendalikan program dropship tersebut. Sekiranya ada, yuran yang dikenakan kebiasaannya tidak tinggi dan lebih kepada yuran komitmen untuk mengelakkan peserta berdaftar hanya kerana mahu harga yang murah untuk pembelian diri sendiri. Malah pengendali dropship akan memberi maklumat-maklumat penting dan cara-cara pemasaran yang berkesan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin cuba berbisnes online atau dropship:



Ingin belajar bina blog bisnes dan fanpage:



Ingin menempah pek mudah masak Nasi Arab (Mandy, Kabsah dan Maqluba):



atau berhubung terus untuk info lanjut:

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-4603094

Facebook: Hifzaila Hafni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...