Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Semalam, saya terima berita yang biras saya mengalami pendarahan. Dia sedang mengandung kira-kira 2 bulan. Jadi bila mendapat khabar begini, risau juga dibuatnya.

Bermula di rumah bila dia tengah buat kerja-kerja rumah, dia perasan ada cecair panas mengalir keluar. Rupanya darah. Terus ke klinik dan akhirnya ke hospital. Ibu mengandung sekalian, kalau terdapat walau setitik darah yang keluar sekalipun semasa mengandung, pergi klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut ya.

Pendarahan ringan di awal kehamilan biasa berlaku, yang mana rupanya macam darah haid juga tapi lebih ringan dan sedikit. Berwarna coklat ke merah dan sering berlaku dalam trimester 1. Pendarahan sebegini boleh jadi tanda-tanda biasa di awal kehamilan tetapi juga boleh menjadi tanda awal keguguran. Jadi elok jumpa doktor untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan.

Punca pendarahan faraj di fasa awal hamil boleh disebabkan oleh:
● Hormon yang kawal kitar haid telah cetuskan pendarahan pada waktu kita sepatutnya haid. Pendarahan ni namanya pendarahan penembusan.
● Perlekatan telur yang dah disenyawakan pada lapisan uterus. Ini dikenali sebagai pendarahan implantasi.

Tapi pendarahan faraj boleh disebabkan punca lain juga contohnya:
● Serviks yang terengsa. Hormon kehamilan dah ubah permukaan serviks menjadi lebih cenderung untuk berdarah terutamanya selepas bersama suami.
● Fibroid. Iaitu ketumbuhan pada dinding rahim. Kadang-kadang plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
● Polip serviks. Iaitu ketumbuhan kecil pada serviks. Ketumbuhan ini walau bagaimanapun tidak membahayakan.
● Jangkitan serviks/faraj.
● Penyakit keturunan (Von Willebrand) iaitu penyakit darah sukar beku.

Selain daripada punca di atas, antara penyebab lain pendarahan adalah keguguran dan kehamilan ektopik; yang disertai dengan sakit perut dan kekejangan. Kehamilan ektopik adalah kehamilan luar rahim, yang mana darah tak henti mengalir. Warna darah pula lebih gelap dan cair. Cepat berjumpa doktor jika berlaku tanda-tanda begini pada anda.

Perlu juga ingat, aktiviti atau tindakan secara fizikal juga boleh menyebabkan pendarahan faraj seperti pukulan di luar perut, jatuh, kemalangan atau tumbukan langsung di perut. Terus ke klinik atau hospital berhampiran jika anda baru sahaja mengalami keadaan ini ya.

Hati-hati di fasa awal kehamilan (trimester 1). Badan kita dan janin masih beradaptasi dan menyesuaikan diri. Apapun untuk ibu memgandung di luar sana, jaga diri baik-baik ya!

=================================

Kelas Asas Blog Penulisan atau Bisnes dibuka secara online setiap hari. Boleh daftar bila sudah bersedia.

Untuk sertai, hubungi saya:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
PM/Whatsapp: 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni
Like di Facebook: Tip Bisnes Online
Kedai Online: Hif Online Store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...