Mengawal Marah

Marah.

Semua manusia di muka bumi ini dikurniakan Allah sifat marah. Itu fitrah. Hanya keldai sahaja yang tiada sifat marah.

Itu antara petikan daripada Ustaz Pahrol Md Juoi yang saya dengar di radio. Berkenaan marah. Dan katanya juga, yang paling penting kita boleh marah, tapi terkawal.

Dalam hidup kita hari-hari, mesti ada saja perkara yang membuatkan kita naik angin atau marah. Kadang-kadang hal kecil pun kita cepat rasa nak marah. Ada yang kaitkan marah ni dengan perubahan hormon, tekanan hidup atau stres. Kiranya banyak faktor yang bole menjurus kepada sifat marah.

Tapi, kita lah yang tentukan dan kawal diri bila rasa marah. Ada orang boleh tenangkan diri, ada orang perlu luahkan dan ada orang terus berdepan dengan sumber marahnya (contoh orang yang membuatkan dia marah). Pelbagai reaksi dapat dilihat bila kita sedang marah. Dan kini, kita boleh kesan melalui status di Facebook/Twitter/Instagram. Ada yang meluahkan rasa marah dengan memuat naik gambar atau menulis status yang menggambarkan kemarahan. Setiap orang ada cara tersendiri menzahirkan sifat marah.

Saya juga kadangkala cepat juga naik marah. Tapi seboleh-bolehnya saya cuba menenangkan diri supaya marah itu tak menjadi lebih parah. Kadang-kadang terlepas juga akibat terlalu marah. Apapun benar kata Ustaz Pahrol, marah perlu ditangani dengan baik dan dikawal.

Membaca artikel di blog Ustaz Norhisyam, marah adalah pintu syaitan. Syaitan akan masuk ke dalam hati kita dan mencetuskan lebih banyak kemarahan. Jadi cuba kawal marah dan kalau boleh 'jangan marah'.

Rupanya orang yang benar-benar kuat dan gagah adalah orang yang mampu mengawal marah. Bukan senang kan nak kawal marah ni. Jadi sama-sama kita berusaha menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila marah menjelma. Kalau ketika marah kita berdiri, cuba duduk. Kalau sedang duduk, cuba berbaring. Kalau bimbang masih tak boleh kawal marah, beredarlah dari tempat tersebut.

Bagaimana pula kalau marahkan anak?

Memang banyak benda yang anak buat yang mana kebanyakannya mengundang kemarahan kita. Tapi sebelum marahkan anak, cuba fikir sekejap adakah anak itu punca marah kita atau sebagai tempat kita lepaskan kemarahan? Dan jikalau rasa marah sekalipun, jangan bertindak terburu-buru. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar. Kedengaran macam senang cakap daripada nak buat kan? Tapi kita kena berusaha untuk kawal marah pada anak-anak. Sebab kita tak mahu mereka membesar dengan mengikut contoh yang kurang baik yang kita tonjolkan.

Satu lagi cara nak meredakan marah, cuba berwuduk. Insha Allah dengan berkat air wuduk, api kemarahan akan terpadam.

Jangan marah-marah tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...