Kerja Dari Rumah Secara Online Trend Golongan Wanita Zaman Kini

Teks: Zabedah Shafie

Sebelum ini saya telahpun melibatkan diri di dalam perniagaan online sejak 5 tahun 
yang lalu. Saya mempunyai Blog Bisnes, Facebook dan juga Fanpage bisnes. Prestasi 
bisnes online saya ada pasang surutnya. Jika saya mendiamkan diri, tidak update di blog 
atau Facebook, maka jualan pun tiada. Begitulah sebaliknya.
Terus terang saya katakan di sini, bekerja di rumah secara solo, seorang diri di samping 
kerja-kerja di rumah yang seakan-akan tidak pernah habis memerlukan semangat dan 
motivasi yang sangat tinggi. Sokongan daripada suami, anak-anak dan juga keluarga 
terdekat amat diperlukan.
Sehingga pada awal bulan Jun 2014, saya terpanggil untuk menyertai Akademi Bekerja 
Di Rumah (ABDR). Saya memberanikan diri untuk pm bertanyakan apa yang perlu 
dan boleh saya lakukan untuk menambah pendapatan keluarga pada masa yang sama 
ingin menjana pendapatan dan mendidik anak-anak sendiri.
Saya diberikan 8 soalan analisa diri. Selepas itu barulah dicadangkan supaya saya 
mengikuti kelas penulisan dan asas blog. Saya perlu menyiapkan sebanyak 44 entri 
di blog baru saya iaitu Diari Surirumah Online. Di sini, mata saya terbuka luas.
Rupa-rupanya ramai wanita terutamanya ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat 
yang sama seperti saya. Mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada 
masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.
Saya mula menjelajah ke blog-blog guru kelas online yang lain dan juga alumni 
kelas-kelas online. Sungguh tidak disangka, kerja dari rumah secara online, kini telah 
menjadi trend terutama golongan wanita yang berpelajaran tinggi.
Telah banyak pendedahan mengenai perlunya wanita berada di rumah untuk menjaga 
dan mendidik anak-anak sendiri. Terasa rugi seketika kerana agak terlewat menyertai 
ABDR padahal saya telahpun mengikuti blog Puan Masayu Ahmad iaitu 
naufalsayang.blogspot.com beberapa tahun yang lepas. Apapun, saya panjatkan jutaan 
kesyukuran kerana masih ada ruang untuk saya bergerak bersama-sama dengan ABDR 
secara berjemaah.
Untuk sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR:

Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan 
atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.


Kami bergabungan bersama dengan 780 blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online 
yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan 
kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan 
fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) 
akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.

Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan 
komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). 
Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.


Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri 
untuk mula kelas.

Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan 
dan pengalaman.
Sekarang, setelah lebih 2 minggu saya menjadi keluarga ABDR, jumlah kenalan semakin 
bertambah 
walaupun hanya di alam maya. Kata-kata dan pengalaman mereka begitu terkesan 
dengan jiwa.
Jika dulu saya memperkenalkan diri sebagai surirumah yang tidak bekerja, segan 
untuk memberitahu tentang bisnes online yang naik turun prestasinya. Sekarang tidak lagi. 
Saya sudah mula memperkenalkan diri sebagai WAHM. Saya percaya dengan kata-kata 
dan doa serta usaha yang konsisten, matlamat saya 
ingin menjana pendapatan setiap hari InshaaAllah akan menjadi kenyataan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada jemaah keluarga ABDR. Tahniah!


Berkenalan dengan Puan Zabedah, Ummu Aimy ButikSpa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...