Kenapa Perlu Benci?

Teks: Hifzaila Hafni
Perangai benci kalau dibiarkan, hidup selamanya tak tenang.
Benci tengok orang bahagia.
Benci tengok orang berjaya.
Benci tengok orang berusaha.
Sepatutnya benci tu ditukar kepada benci yang baik.
Benci nak bawak mulut.
Benci nak mengata orang.
Benci nak menyibuk hal orang.
Benci tengok kejayaan orang lantas mendorong kita lebih berjaya (tanpa mencantas atau menganiaya kejayaan orang itu).
Kurang-kurangkan lah sifat membenci orang lain. Kita pun tak segalanya sempurna. Setiap orang ada kelemahan masing-masing, begitu juga kita. Kena belajar terima keadaan atau sikap orang di sekeliling kita walaupun kebencian menggunung dalam hati. Mana tahu suatu hari benci bertukar suka. Allah Maha Kuasa.
Jangan sibuk pandang kesalahan orang pada kita, baik sibukkan muhasabah diri kita sendiri. Kalau asyik anggap kita sahaja yang betul segala - lebih lagi kena muhasabah diri.
Memang kita tak boleh nak buang sifat benci. Tapi kita boleh kawal dan atasi kebencian daripada melarat dan berpanjangan. Sifat negatif kalau tak dikikis dalam hati, sampai bila pun kita hidup sentiasa tak tenang.
Dan...sifat negatif yang ada pada kita, akan menarik perkara negatif juga datang pada kita. Berhenti membenci, hiduplah dengan positif. Kita berhak untuk hidup yang tenang dan bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...