Resipi Tomyam untuk Anak

Semalam buat pertama kalinya saya buat tomyam untuk anak bujang saya. Saja nak  ubah selera, akhir-akhir ni susah betul nak teka seleranya. Tapi alhamdulillah di taska dia makan. Banyak pula tu. Kalau di rumah, makan sambil main. Jadinya sikit saja makan. Atau mungkin dah kenyang menyusu. Sebab perkara pertama yang dia nak bila sampai rumah tiap-tiap hari adalah menyusu badan. Kadang-kadang sempat balik rumah, kadang-kadang terpaksa berhenti dulu tepi jalan untuk dia menyusu. Kalau tak mengamuk sepanjang jalan.

Berbalik kepada tomyam. Ini pertama kali saya buat. Saya pernah baca resipi tomyam untuk anak sebelum ini tapi belum sempat mencuba. Tomyam boleh diberi kepada anak yang besar sikit kot dalam setahun 6 bulan ke atas. Itu pun disediakan dengan bahan yang minimum sahaja.

Resipi Tomyam untuk Anak

Bahan-bahan:

Ayam - dipotong kecil
Bawang besar - dihiris bulat
Bawang putih - dihiris
Serai - diketuk
Tomato - dibelah 4
Limau nipis - diambil jus
Sos cili - ambil 1-2 sudu
Daun limau purut - 2-3 helai
Garam

Cara masak:

1. Masukkan air dan ayam. Masak dan biar mendidih sebentar.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, tomato, sos cili. Kacaukan. Biar mendidih lagi.
3. Perasakan garam. Masukkan jus limau nipis (sedikit sahaja).
4. Masukkan daun limau purut yang dicarik kasar.
5. Sedia untuk dihidang.

Fuaad makan banyak juga. Alhamdulillah. Mungkin tak pernah rasa agaknya. Tapi hati- hati jangan terlalu masam ya. Kita cuma nak bagi anak rasa pelbagai makanan saja tak perlu macam tomyam yang kita makan.

Saya ada juga masukkan lobak merah. Ibu- ibu boleh juga ganti dengan kobis bunga atau sayuran lain.

Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...