Resipi Pindang Ikan

Maaf sangat-sangat kat kawan yang cari resipi pindang ikan ni tapi tak jumpa-jumpa.

Saya terlupa yang saya cerita pasal pindang sebelum ni tapi tak diletakkan resipi! Betul-betul ingat dah pernah kongsi. Maaf la ya.

Ok kalau sesiapa yang teringin nak cuba macamana saya masak pindang ikan, ni resipinya ya.

Pindang Ikan Senangin

Bahan-bahan:

1 ekor ikan senangin (dipotong dua)
2 biji bawang  merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 cm kunyit hidup / serbuk kunyit (kalau kunyit hidup ditumbuk)
1 keping asam gelugur
2-3 cawan air 
Garam









Cara masak:

1. Masukkan air dalam periuk, buka api dan didihkan air.
2. Air dah mendidih sikit, masukkan bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Biar mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan serai dan asam gelugur. Kacaukan. Biar mendidih lagi.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan ikan. Jangan kacau kuat sangat nanti ikan hancur. Lepas beberapa minit baru balik-balikkan ikan supaya ikan masak sekata.
6. Masukkan tomato. Dalam 2 minit dah boleh tutup api.
7. Dah boleh dihidangkan.

Nota:
Beza kunyit hidup dengan serbuk kunyit, kunyit hidup lambat keluar warna kuningnya jadi jangan keliru kalau tengok awal-awal tu air mendidih belum jadi warna kuning lagi. Dan kunyit hidup kalau tumbuk kena halus kalau tak, tak selesa nanti makan dok tergigit kunyit hidup. Kalau guna serbuk kunyit, pastikan serbuk dah betul-betul larut dan sebati. Kalau tak, tak rasa macam pindang (pengalaman sendiri ni).

Ok. Senang je kan?

Ni menu kecemasan di rumah bila mana nak makan nasi tapi tak ada kuah. Ni lah penyelamatnya. Selain cepat, sihat pun ya sebab resipi ni rebus je.

Selamat mencuba!

---------------------------------------------------------------------------

Daftar kelas asas blog:
- Kelas asas blog penulisan
- Kelas asas blog bisnes dan fanpage
- Kelas asas blog bisnes dropship
- Kelas menulis ebook pertama
- Kelas asas blog penulisan kreatif
- Kelas asas blog bisnes borong telekung

Pendaftaran untuk semua kelas boleh melalui saya;

Hifzaila Hafni
hifzaila.hafni@gmail.com
PM/Whatsapp 0194603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...