Pemakanan untuk Anak Berpuasa

Teks: Hifzaila Hafni

Kita dah sampai hari ke-10 Ramadan. Bagaimana puasa kita dan anak- anak kita?

Pemakanan semasa berpuasa perlu diambil perhatian untuk memastikan kesihatan yang baik. Makanan yang diambil perlu seimbang, menyihatkan dan tidak berlebihan serta mengikut piramid makanan. Pilih makanan yang tinggi serat semasa bersahur dan berbuka seperti nasi, mi, roti gandum penuh dan bijirin. Makanan yang tinggi serat boleh melambatkan rasa lapar dan rasa kenyang lebih lama. Juga pilih makanan yang kurang berlemak, berminyak dan tinggi gula.

Sebaiknya berbuka dan bersahur dengan buah kurma, selain merupakan salah satu makanan sunnah, kurma juga memberikan tenaga dan kaya dengan serat dan vitamin.

Untuk kanak-kanak, tidak digalakkan pemberian makanan tambahan sewaktu berpuasa. Memadailah dengan memastikan mereka mendapat cukup nutrisi yang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan mineral untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka.

Tips Menu Ramadan untuk Anak

■ Sediakan makanan panas sewaktu sahur, iaitu makanan yang baru dimasak. Makanan begini boleh menambah selera anak untuk bersahur.
■ Masakkan juadah kegemaran anak. Anak akan lebih bersemangat untuk makan.
■ Cuba pelbagaikan jenis makanan. Tidaklah nasi sahaja. Boleh dipelbagaikan dengan menu masakan Cina, ala Barat atau pasta.
■ Sediakan sup atau hidangan berkuah. Anak lebih berselera makan dengan hidangan yang mudah dan ringkas seperti ini. Selain mudah untuk dimakan.
■ Kurangkan makanan pedas atau berempah semasa sahur dan berbuka untuk mengurangkan rasa tak selesa pada perut.
■ Ambil buah-buahan dan minum air kosong secukupnya. Air kosong boleh diambil sedikit demi sedikit selepas berbuka hingga sahur untuk memastikan tubuh anak kekal terhidrat semasa berpuasa. Kurangkan minuman berkafein dan yang manis-manis.

Selamat berpuasa dan berbuka untuk hari ini!


=====================================
Kelas asas blog dan penulisan, kelas asas blog dan fanpage bisnes, kelas bisnes dropship, kelas borong telekung dibuka pendaftaran setiap hari.

Kelas asas urus akaun bisnes online dan offline juga masih dibuka pendaftaran. 

Daftar melalui:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp 0194603094
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...