Makanan Jejari untuk Anak

Bila anak dah mula makanan pejal dan sudah pandai nak makan sendiri, kita kenalah pelbagaikan makanannya. Kadangkala putus idea juga apa lagi yang kita nak dia makan. Sebenarnya ada macam-macam lagi dan antaranya makanan jejari atau snek.

Kalau macam Fuaad, sekarang ni nampak selera makannya boleh tahan juga. Sekejap-sekejap nak mengunyah. Tapi sekali makan tu sikit-sikit saja. Dia mesti nak rasa apa yang kita makan atau apa yang dia nampak.

Antara makanan yang saya boleh bagi dia adalah makanan jejari atau finger foods. Untuk anak yang dah lebih daripada setahun dah boleh mula bagi ni. Kalau belum setahun pun tapi dia dah mampu pegang dan kawal sendiri makanan yang dia makan, boleh cuba sikit-sikit dan perlahan. Cuma pastikan potongan makanan jejari kecil supaya anak tak tercekik.

Idea makanan jejari

1. Buah: potongan kecil pisang atau pir (yang lembut, kalau pir keras perlu direbus sebentar), kiub epal panggang, kiub tembikai, potongan avokado, hirisan buah kiwi

2. Sayuran: potongan keledek yang telah dimasak (rebus/stim/panggang), kacang pis, asparagus yang telah dimasak, floret brokoli (pastikan dipotong kecil), lobak merah dipotong dadu

3. Makanan lain: roti bakar, telur hancur, kepingan kecil keju, kepingan ayam yang telah dimasak dan dipotong kecil, bijirin, cebisan roti pita, roti naan atau capati, sandwic kecil, pasta yang telah dimasak, kiub tofu/tauhu

Fuaad suka makan tembikai, lobak merah, biskut, pasta dan tauhu. Kadang-kadang makan juga bijirin sarapan dengan susu.

Ibu-ibu boleh la cuba ya. Mana tahu selera anak bertambah ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...