Mendidik Anak Bertanggungjawab

Fuaad sekarang dah pandai baling barang atau mainan. Kalau dia rajin, ada lah usaha dia kutip semula dan baling lagi. Kalau dia dah bosan, kat situlah mainan tu sampai abah atau ummi kutip.

Sesekali saya dan suami ajar juga dia kumpul dan simpan semula barang-barang yang dia sepahkan. Contohnya kasut. Kasut-kasut dia disusun di atas kerusi yang tak digunakan untuk duduk, jadi abahnya jadikan kerusi tu tempat diletakkan kasut-kasutnya. Kalau datang angin dia nak main 'shoes', habis berterabur kasut-kasut tu semua. Jadi, abahnya akan suruh dia kutip dan letak semula.




Kadang-kadang, dia ikut. Kadang-kadang, tak. 
Kadang-kadang kena cakap baik-baik baru dia buat. Atau kena rephrase ayat "Fuaad buat macam ummi buat ni".

Memang biasa usia sebegini suka sepah barang. Jadi, kena mula ajar dia simpan barang semula. Kalau tak, jenuh la mak jemah kena kemas satu rumah tau!

Menurut Zaid Mohamad, dalam blog beliau http://ibubapabijak.blogspot.com/

Kanak-kanak perlu diajar bertanggungjawab seawal mungkin. Salah satu dari tugas asas yang boleh kita berikan kepada mereka ialah untuk mengutip dan mengemaskan barang permainan mereka sendiri. Saya tahu ramai ibu bapa yang telah berjaya melakukannya dengan baik.

Apakah rahsia mereka?

Ianya perlu dimulakan seawal mungkin - dari segi usia dan juga sebaik sahaja mainan itu dibeli. Anak-anak tiga tahun ke atas sudah boleh memahami perkara ini. Suruh dan beri peringatan kepada mereka secara konsisten. Buatlah perjanjian dengan mereka tatkala mainan itu dibeli bahawa ianya adalah tanggungjawab mereka. Jika ianya tidak disimpan dengan baik dan akibatnya rosak atau hilang, mereka harus mempersalahkan diri sendiri.

Berikan banyak galakan dan pujian. Rekodkan aksi mereka, terutama yang masih kecil, tatkala mereka bersusah-payah mengemas barang mainan mereka. Kongsikannya dengan orang lain agar anak-anak itu merasa bangga.

Anda juga boleh memberi "hadiah" kecil seperti aiskrim, asalkan ini bukannya menjadi satu tabiat.

Apa yang penting ialah untuk kita menimbulkan rasa tanggungjawab dan mahu berusaha. Berikan pujian di atas usaha mereka bilamana mereka berkata dengan bangganya bahawa, "saya kutip dan kemaskan mainan saya sendiri!"

Jadi, kena mula daripada sekarang (dan konsisten) untuk pastikan dia faham tanggungjawab. Tips merekod video dan bagi hadiah tu saya suka. Boleh dicuba tu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...