Matlamat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


(Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, penulis buku Jana Wang Di Rumah dan ebook Asas Blog)

Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah


Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.


Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.


Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.


Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.


Mulakan dengan apa yang ada

Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.


Akademi Bekerja Dari Rumah

Sertai Kami di Akademi Bekerja Di Rumah.



Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 100 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.



==================================================

Terkini, jumlah blog yang bergabung di ABDR sudah menghampiri 800 blog, dengan pelbagai latar belakang. Blog bisnes, penulisan kreatif dan catatan pengalaman. 

Sertai kami melalui mana-mana kelas atau servis yang ditawarkan:
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog.

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
http://hifzaila.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...