Hari Lahir Mak

Semalam sambut hari lahir mak. Kononnya nak buat makan-makan keluarga je, langsung tak cakap apa-apa kat mak. Biasalah, kami adik-beradik selalu pakat surprisekan mak.

Menu semalam: stimbot, bbq kepak ayam dan kambing, bihun goreng putih, koktel buah dan jus alpukat (avokado). Dan pastinya kek hari lahir lah.

Gambar semua dalam kamera. Saya dah agak lama pencen ambik gambar ni. Semalam pun encik suami yang jadi photographer.

Fuaad pun semalam beria-ia makan. Ramai la katakan. Cuma sunyi sikit sepupu semua tak ada. Tapi ligat betul ke sana sini. Makanan selain nasi dia nak makan. Mujur lah daripada tak nak makan langsung.

Semalam, menjadi juga lah surprise untuk mak, sebab mak tak jangka pun ada kek semua tu. Adik ipar sorokkan kat dapur.

Oklah, janji mak seronok. Kek pun sedap. Kalau nak cuba, kek daripada King's Confectionary. Kek pandan kelapa. Sedap tak muak sangat. Kek span dilapis dengan kastard. Masing-masing cakap sedap.

Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat-sihat selalu. Anak, menantu, cucu semua sayang mak.

Happy birthday, mak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...